Secara amnya, darah bermaksud cecair tisu yang mengangkut oksigen yang diperlukan ke seluruh tubuh badan. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai bahan imunisasi yang bertujuan mempertahankan badan daripada jangkitan. (sumber: wikipedia)
Tekanan darah pula bermaksud tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
BAGAIMANA TEKANAN DARAH DIUKUR?
Tekanan darah ada 2 ukuran yang biasanya diukur seperti berikut:
120/80mmHG
1.Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.
Ia dipanggil Tekanan Sistolik
Ia dipanggil Tekanan Sistolik
2.Nombor 80 menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Ia dipanggil Tekanan Diastolik.
Umum mengetahui bahawa tekanan darah ini mempunyai 2 jenis iaitu tekanan darah rendah & tekanan darah tinggi. Sekarang, kita akan melihat apakah itu tekanan darah rendah & darah tinggi.
TEKANAN DARAH RENDAH
Sebahagian pakar mendefinisikan tekanan darah rendah ialah tekanan sistolik kurang daripada 90mmHG & tekanan diastolik kurang daripada 60mmHG. Untuk lebih jelas, sila lihat di bawah:
TEKANAN DARAH NORMAL = 120/80mmHG
TEKANAN DARAH RENDAH = 90/60mmHG
*sekiranya tekanan sistolik atau diastolik anda rendah, maka ia tetap diklasifikasikan sebagai tekanan darah rendah.
TEKANAN DARAH TINGGI
Begitu juga dengan tekanan darah tinggi. Jika kadar tekanan sistolik atau diastolik anda sentiasa lebih tinggi dalam jangka masa yang lama, maka keadaan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai tekanan darah tinggi.
KESAN
1. TEKANAN DARAH RENDAH:
1. Cepat lelah
2. Pening kepala ketika posisi badan berubah
3. Mata berkunang-kunang
4. Mual
5. Kulit berasa dingin, pucat & lembap
6. Pernafasan cepat & pendek
7. Cepat dahaga
2. TEKANAN DARAH TINGGI:
1. Serangan jantung
2. Angin ahmar
3. Kegagalan jantung
4. Kerosakan buah pinggang
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan & nasihat pakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan