RUMAHKU SYURGAKU
TAHUKAN ANDA?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke
dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh
mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve
merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin
merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang
terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang
merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Tiada yang lebih menyeronokkan apabila anda membersihkan rumah kesayangan anda dengan cecair yang SUPERB disamping mendapat manfaat daripadanya. Sangat efektif kan? Tetapi, bagaimana? Memperkenalkan kepada anda satu lagi produk Shaklee iaitu Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate . Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² TIDAK mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
TANPA TOKSIK, CARA MEMBERSIH SEMULAJADI
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali anda lebih
pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan. Sesuai
digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan
pada bila-bila masa. Sebagai contoh, membersihkan kesan susu yang tertumpah
di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di
lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang
lain.
PERBEZAAN DENGAN PRODUK YANG LAIN
Selamat
- Tidak bertoksik
- Tanpa gas beracun
- Tanpa bahan kimia berbahaya
- Tanpa bahan pewangi
- Lembut pada tangan
- pH seimbang
- Tanpa klorin
Berkesan
- Berkesan untuk menanggalkan kotoran
berminyak
- Kepekatan berganda – 16 auns boleh
dicairkan dengan 48 gelen air
- Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan
asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
- Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada
jagung dan kelapa
- Biorosot
- Tanpa fosfat
- Bungkusan yang boleh kitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Sesuai untuk membersihkan 1001 macam jenis kotoran di rumah
1. Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh
dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat
dan berkesan.
2. Pencuci serbaguna yang berkesan untuk
menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci
tidak kira di dalam atau di luar rumah.
3. Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang
paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak.
4. 2 kali ganda lebih pekat daripada rumusan
asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.
5. Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan
kesan kotoran atau palitan.
FUNGSI BASIC H²
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama
ada di dalam atau di luar rumah:
- Dinding
- Permukaan dapur, jubin dan lantai
- Peralatan
- Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
- Tingkap dan cermin
- Perkakas
- Benda-benda diperbuat daripada kayu
- Perabot (Sila pastikan anda tidak
menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci
cermin)
BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang
diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik
mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti
tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan