Jumaat, 2 Mei 2014

MEAL SHAKES SHAKLEE: OH ANAKKU SAYANG!

PEMAKANAN SIHAT UNTUK 
SI MANJA


NUTRISI & KESIHATAN
Berdasarkan Kajian Tentang Nutrisi & Kesihatan yang telah dijalankan di Asia Tenggara (SEANUTS), kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun mempunyai kekurangan nutrisi yang agak kritikal. Responden kajian ini melibatkan kanak-kanak yang berumur di antara 6 bulan & 12 tahun dengan jumlah seramai 16,500 orang. Lingkungan kawasan kajian adalah dari Indonesia, Vietnam, Thailand & Malaysia. Tumpuan kajian tersebut adalah terhadap isu-isu kesihatan yang penting di negara ini iaitu  'lapar tersembunyi' (hidden hunger).

LAPAR TERSEMBUNYI
Istilah 'lapar tersembunyi' yang digunakan oleh para penyelidik membawa maksud kekurangan nutrisi yang tidak boleh dilihat dengan mudah. Para ibu sekalian, jangan terkeliru dengan keadaan kanak-kanak yang mungkin kelihatan seperti sihat atau terlebih makan. AWAS! Mereka mungkin tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti vitamin D dan kalsium yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Malahan, menurut Ketua Sains Nutrisi di Universiti Kebangsaan (UKM), Prof. Poh Bee Koon, adalah penting untuk melihat lebih dekat lagi tentang apa yang benar-benar diperlukan oleh kanak-kanak dari segi nutrisi. Beberapa usaha perlu diambil untuk mendidik orang ramai khususnya ibu bapa dalam mewujudkan kesedaran mengenai standard nutrisi yang dicadangkan paling sesuai untuk Kanak-kanak Malaysia.

PENGUKURAN PERTUMBUHAN
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan kanak-kanak mencukupi. Langkah mengambil 2 gelas susu setiap hari sememangnya amat digalakkan bagi kanak-kanak yang masih bersekolah. Pengambilan makanan seimbang memang penting bagi menghalang pertumbuhan dan kecerdasan terbantut. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah peka dalam memberikan keperluan nutrisi anak yang sedang membesar. Tambahan lagi, kanak-kanak memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa.

5 PERKARA PENTING: 
KEPERLUAN PEMAKANAN 
KANAK-KANAK




1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.
2.      Jangan sekat anak makan
Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.
Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.
3.      Pentingnya vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.
4.      Tambah saiz hidangan
Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.
5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas. 

PRINSIP PEMBERIAN MAKANAN KEPADA BAYI & KANAK-KANAK
Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan. Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun. Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan.

Prinsip Pemberian Makanan

 
1. Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia 6 bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai umur enam bulan (180 hari) di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun.



2. Mulakan pemberian makanan pelengkap kepada bayi yang menyusu susu ibu atau rumusan bayi apabila berusia 6 bulan. Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Nota: Makanan pelengkap hanya apabila bayi telah mencapai kordinasi saraf otot (neuromuscular) dan kematangan fisiologi

3. Beri makanan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga. Tingkatkan amaun makanan mengikut umur.


4. Beri pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap.



5. Ubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan serta keupayaannya.

6. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan mengikut umur.

Nota: Makanan pelengkap harus diberi berdasarkan kekerapan mengikut umur seperti berikut:

a)  6 – 8 bulan
     9 – 11 bulan
     1 – 3 tahun

b) Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

7. Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial.

Cara pemberian makanan yang sesuai boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu:
a) Cara memberi makan yang disesuaikan dengan kebolehan psikomotor kanak- kanak, (kebolehan untuk mengendalikan sudu, kebolehan mengunyah, menggunakan makanan jejari)

b) Pemberi makan yang aktif, termasuk memberi galakan untuk makan dan mempelawa untuk tambah makanan dan hidangan.

c)  Pemberi makan yang responsif, contohnya cara berinteraksi yang positif dan hubungan yang baik dengan kanak-kanak serta pengaturan waktu makan.

d) Persekitaran semasa makan, termasuk aturan, kekerapan, siapa yang memberi makan dan samada diselia serta dilindungi semasa makan. (WHO / UNICEF, 1998 and Brown, 1998).

8.  Amalkan penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat.

9.  Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Berikan hidangan yang kecil tetapi kerap.

~Keperluan cecair adalah lebih tinggi semasa sakit. Contohnya, semasa cirit-birit, kehilangan air selain daripada urin boleh mencecah sehingga 2 - 3 kali ganda daripada biasa. Demam juga boleh meningka tkan kehilangan air. Dalam keadaan ini, adalah penting untuk memberi air lebih daripada biasa. Kanak-kanak yang sakit didapati lebih suka menyusu berbanding makan makanan lain (Brown et. al. 1990).

Oleh itu, penyusuan susu ibu harus diteruskan dengan kerap. Walaupun bayi dan kanak-kanak mungkin kurang berselera ketika sakit, pemberian makanan pelengkap perlu diteruskan untuk mengekalkan pengambilan nutrien yang mencukupi dan mempercepatkan proses penyembuhan (WHO, 2004).


Selepas sembuh, kanak-kanak perlu mengambil lebih nutrien untuk menggantikan nutrien yang hilang sewaktu sakit dan untuk pertumbuhan yang lebih pesat. Lebih makanan diperlukan sehingga kanak-kanak menambah semula berat badan dan membesar dengan baik.



BERITA BAIK UNTUK PARA IBU!!!




Setelah panjang lebar saya menghuraikan tentang keperluan pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak mahupun bayi, kini masanya untuk anda semua ketahui bahawa MEAL SHAKES daripada Shaklee sebagai MAKANAN SEGERA TANPA PERLU CURIGA !!!

Tentu sekali sebagai ibu bapa kita sangat gembira apabila melihat anak-anak kita bergerak aktif ketika berada dalam tempoh pembesarannya. Mereka mesti tidak mempunyai masa untuk duduk diam dalam menikmati makanan seimbang. Oleh itu, apa yang mereka perlukan dalam situasi seperti ini ialah pilihan makanan segera yang mengandungi rendah lemak & rendah glisemik seumpama SHAKLEE MEAL SHAKES !!!

KENAPA MESTI MEALS SHAKES?
Berikut adalah jawapan yang 'havoc' yang pastinya anda berasa tidak sabar untuk memilikinya!!!

1. Mengandungi 19 vitamin & mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar & remaja untuk kekal SIHAT dan KUAT.

2. Sumber pemakanan serat & protein TERBAIK.

3. Kaya dengan sumber KALSIUM.

4. Glisemik indeks yang RENDAH.

BAGAIMANA PENGAMBILAN MEAL SHAKES?
Meal Shakes boleh diambil sebagai SARAPAN PAGI yang berkhasiat. Riak keriangan pada wajah anak anda pasti kelihatan selepas menikmati kelazatan Meal Shakes.

BAGAIMANA UNTUK MEMILIKINYA?
Anda para ibu yang saya kasihi, anda boleh memilikinya dengan beberapa cara seperti berikut:




APAKAH KEISTIMEWAAN SEBAGAI PEMBELI MEAL SHAKES?
Kalau anda semua nak tahu, keistimewaannya ialah melalui pendaftaran sebagai AHLI.
Pelbagai kenikmatan yang akan anda perolehi. Bertambah lazat daripada Meal Shakes! :-)
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN