Ada Orang Yang Kaya Raya
TETAPI
Tiada Ketenangan Jiwa
Ada Orang Yang Kaya Raya
DAN
Tenang Jiwanya
Ada Orang Yang Sederhana
TETAPI
Serba Cukup
Ada Orang Yang Sederhana
DAN
REZEKI ITU DARIPADA ALLAH
Dalam kehidupan ini, jika kita tetap berpegang kepada kekuasaan Allah, insyaAllah tiada masalah. Begitu juga di dalam perniagaan.
Rezeki banyak dan sedikit itu adalah atas keizinan Allah. Tetapi jangan lupa, kita sebagai hamba perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Di dalam Islam, terdapat pelbagai panduan untuk kita memperoleh rezeki yang banyak. Perlu istiqomah melakukannya bukan-bukan hangat-hangat tahi ayam. Sebagai manusia, kita diuji dengan pelbagai bentuk halangan untuk daripada terus istiqomah. Semoga kita semua mampu mengatasi halangan tersebut.
Begitu juga di dalam dunia perniagaan Shaklee. Kejayaan yang datang sehingga mampu merangkul pelbagai anugerah di pentas global bukanlah datang dari usaha fizikal sahaja. Ia melibatkan juga amalan rohani. Istilah untuk langkah ini semua kami panggil 'Mastercheck List'.
Kita pasti pernah melihat orang yang kaya raya. Tetapi adakah jiwanya tenang dengan semua kekayaan yang melimpah-ruah? Atau masih tidak cukup lagi? Ingin mencari...dan terus mencari. semakin dicari, semakin bertambah lagi keperluan.
Bagaimana pula dengan orang yang kaya raya dan mempunyai jiwa yang tenang? Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat yang ada disalurkan ke arah kebaikan. Semakin merendah diri. Semakin kuat ibadahnya kepada Allah.
Ada juga orang yang hidupnya sederhana. Tidak kaya dan tidak miskin. Walaupun keperluan kehidupan seperti banyak, tetapi rasanya seperti cukup sahaja. Jiwanya tenang walaupun tidak kaya. Kehidupannya bahagia dan harmoni.
Di satu sisi yang lain pula, ada orang yang kehidupannya sederhana. Keinginan untuk menjadi kaya raya amat tinggi. Pelbagai usaha secara fizikal sahaja dilakukan untuk kaya raya seperti orang lain. Tetapi tidak pernah berjaya. Di manakah silapnya?
AMALAN ROHANI DAN JASMANI
![]() |
Sentiasa berzikir, bertasbih, bertahmid dan beristighfar kepada Allah |
![]() |
Terdapat pelbagai surah di dalam Al-Quran yang boleh membantu kita untuk bertambah rezeki |
![]() |
Mengamalkan bacaan al-ma'thurat setiap hari |
![]() |
Solat sunat Dhuha pintu rezeki |
![]() |
Solat sunat Tahajjud mendekatkan lagi kepada Allah |
Jawapannya ialah kita perlu berbalik semula kepada cara hidup Islam. Kita ada Allah. Dia lah yang memberi rezeki kepada kita. Dia lah yang berkuasa pada tiap sesuatu perkara. Mohonlah kepada-Nya banyak-banyak kerana hanya Dia sahaja yang boleh mengabulkan doa kita. Dia lah sebaik-baik perancang!
SELAMAT BERAMAL SOLEH DAN BERNIAGA!
Master Checklist memang saya print-out dan tampal di White Board. Alhamdulillah istiqamah buat
BalasPadamJom jalan2 kat blog saya http://jejarihaq2u.blogspot.com
Semoga kita beroleh manfaatnya..
Padam