Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :
Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :
1. Osteoarthritis (OA)
2. Arthritis rheumatoid
3. Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
4. Gout
OSTEOARTHRITIS(OA)
![]() |
Osteoarthritis |
-Jenis yang paling lazim dihidapi disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
-Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
-Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
-Menjadi lebih sakit di penghujung hari
RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)
-Lebih kerap dihidapi kaum wanita
-Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
-Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
-Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
-Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN
![]() |
Arthritis yang berpunca daripada kuman |
Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman. Tandanya adalah seperti selalu demam dan menggigil. Ia hanya menyerang satu sendi sahaja
GOUT
-Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
-Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
-Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki
TANDA-TANDA ARTHRITIS
Tentu sekali anda ingin mengetahui apakah tanda-tanda jika kita diserang arthritis. Berikut adalah tanda-tandanya:
1.Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
2.Sendi bengkak
3.Kekejangan sendi
4.Susah untuk bergerak seperti biasa
5.Sakit apabila bergerak
6.Perubahan kepada sendi
7.Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
8.Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut
9.Sakit bila sekeliling sendi ditekan

RISIKO ARTHRITIS
1. Peningkatan usia
2. Badan terlalu gemuk- untuk penyakit osteoarthritis lutut
3. Terdapat ahli keluarga yang mengidap arthritis-gout familial
4. Sendi yang terlalu fleksibel-hypermobile joints
5. Kecederaan berat kerana bersukan
6. Mencangkung-osteoarthritis lutut
7. Pekerjaan buruh-Osteoarthritis lutut
8. Pekerjaan peladang-Osteoarthritis punggung
LANGKAH MENGATASI
Pastikan anda mendapat pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu untuk mengetahui penyakit anda.
Berikut adalah suplemen semulajadi yang kami syorkan dalam mengatasi masalah sendi anda.
Artikel berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan