Rabu, 31 Mei 2017

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN


ADA DAN TIADA...

PREGNANT

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah akhirnya aku diberikan ruang masa untuk menulis sedikit pengalaman yang aku alami sebelum ini. Ia bukan sekadar pengalaman bahkan satu pelajaran dalam mendidik diri aku supaya sentiasa bersabar dengan ujian dari Allah s.w.t
Tahun ini anakanda Ahmad Zharfan sudah hampir mencecah usia 2 tahun pada 16 September 2017 nanti. Kalau diimbas kembali kenangan hamilkan anak bertuah ini, memang sangat mengujakan. Aku buat sehabis baik tidak kira daripada aspek kesihatan lahiriah mahupun rohaniah.

28 Mac 2017
Tanpa diduga, aku telah disahkan hamil untuk kali kedua. Doktor anggarkan usia kehamilanku ketika itu adalah 6 minggu. Zharfan akan jadi abang. Namun, Allah berkuasa pada setiap sesuatu. 

25 April 2017 
Seusai menunaikan solat Subuh, tiba-tiba ada sesuatu yang hangat keluar dari tubuh badanku. Allah...darah. Pagi itu juga aku bergegas ke klinik berhampiran. 

Jiwaku sedikit meruntun sedih mendengar penjelasan daripada doktor. Namun aku tetap memujuk hati ini dengan kata-kata 'everything will be ok..." Apa yang doktor kata? Ada 2 kemungkinan. 


Pertama, janin masih kecil lagi sebab itu bila scan, tak nampak. (mungkin usia lagi awal daripada yang dinyatakan). Jadi, banyakkan berehat.

Kedua, kalau pendarahan terus berlaku juga sehingga ke malam sila rujuk hospital untuk rawatan susulan.

Tegaknya matahari di atas kepala, pendarahan berlaku sangat sedikit dengan selang masa 2 hingga 4 jam sekali. Ia berlaku sehingglah lewat petang. Malam sudah menjelma dan pendarahan itu masih berlaku. Hatiku tidak sedap. Terpaksalah rujuk ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Zharfan kami hantar saja ke rumah pengasuh. Almaklumlah urusan di hospital bukan sekejap. 

Kehadiranku dengan suami pada malam itu tidak berjaya kerana nurse minta pulang ke rumah dahulu dan datang semula esok pagi kerana baru ada doktor pakar. ?????? Esok pagi kami pergi lagi seawal yang mungkin. Jam 8.15 pagi kami dah sampai. Setelah diperiksa oleh pakar, guess what? Ya, aku dah mengalami keguguran tanpa sedar. Allahu akbar. Sedih. Tapi aku kena kuat demi Ahmad Zharfan. Aku kena yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Doktor menyarankan aku untuk berehat sahaja di rumah. Doktor mengarahkan aku untuk tunggu dalam tempoh 2 minggu proses semulajadi janin keluar sendiri. Pulang saja ke rumah, aku bersikap seperti biasa dihadapan Zharfan. Zharfan masih lagi perlukan kasih sayangku, perhatianku. Aku tidak boleh terus hanyut dengan perasaan sedih ini walhal ada lagi tanggungjawab yang aku perlu lakukan.

30 April 2017
Detik jam 0430 pagi, aku terasa ingin ke tandas bagi membersihkan diri. Terkedu. Aku terkedu kerana ada janin yang tak jadi di situ bersama darah yang banyak. Mengingatkan pesanan nurse supaya menyimpannya di dalam plastik untuk pengesahan doktor, aku berbuat demikian dan bergegas ke hospital pada pagi itu juga.

Benar, itulah janin yang tidak jadi. Itulah bakal anak kedua kami. Itulah bakal generasi kami. Allah lebih menghendaki sesuatu yang lebih baik lagi selepas ini. Suamiku membawanya pulang untuk ditanam. Kenapa awal sangat ia keluar? Kemungkinannya mungkin seperti cerita di bawah.

Alfalfa Complex dari Shaklee.
Sejak selepas kahwin lagi aku sudah mengamalkan pengambilan makanan tambahan Shaklee ini. Alhamdulillah, aku baik-baik sahaja. Sehinggalah lahirnya Zharfan. Zharfan baby Shaklee. 


Selepas doktor mengesahkan aku telah mengalami keguguran, barulah aku mengambil suplemen ini untuk tujuan membersihkan dalaman aku. 29 April aku mula mengambil suplemen ini. Alhamdulillah, keesokan harinya, ia keluar.

Boleh rujuk Apa itu Alfalfa Complex

1 MAY 2017
Sepanjang malam 30 April, aku hanya mampu berzikir supaya selamat semuanya daripada proses Evacaution of retail product of conception (ERPOC).Sangat bosan bila kena "warded". Haha. Zikir Nabi Yunus sahaja yang terkeluar daripada mulut ini. Entah berapa ratus kali aku baca sampai tertidur.


Allah sahaja tempat kita bergantung harap setelah semua usaha kita lakukan. Allah maha Besar. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Lebih kurang jam 10.30 pagi doktor memeriksa perutku. Bila di scan, Masyaa-Allah sudah bersih dan ERPOC tak jadi dibuat. Alhamdulillah. Syukur. Mana tidaknya, sakit kan.

Itulah kisahku dalam menghadapi saat-saat kehilangan bakal zuriat kami. TABAH. REDHA. Itu sahaja yang kami mampu. 

YAKINLAH dengan kekuasaan Allah dalam merubah sesuatu yang sukar kepada mudah. Ada jalannya. Jalan itu kita yang mohon dan cari. Insyaa Allah ada sinarnya.

Semoga tahun depan ada rezeki untuk kami menambah zuriat. Mungkin kembar? heheh. aamiin

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN