Rabu, 30 April 2014

BEWARE !

HARGA SHAKLEE
PELARASAN HARGA SHAKLEE

Kini, Shaklee telah melaraskan harga untuk setiap produk keluarannya. Maka dengan itu tiada lagi istilah 'harga kasih-sayang, harga runtuh, harga borong dan seumpamanya'. Peraturan ketat ini telah dikuatkuasakan kepada semua pengedar sah shaklee agar masalah 'konspirasi harga' dapat diberhentikan serta-merta. Jika didapati ada yang menjual dengan harga yang dilarang, pengedar tersebut akan ditamatkan keahliannya SERTA-MERTA.


Diharap para pembaca sekalian maklum akan pemberitahuan ini.
Marilah kita berniaga secara SIHAT supaya rezeki yang datang kepada kita itu BERKAT.

DAFTAR KEAHLIAN SHAKLEE ANDA SEGERA!
PELBAGAI BONUS SEDANG MENANTI!
HANYA RM 65.00 SAHAJA SEUMUR HIDUP.
*Kos Pos Semenanjung Malaysia RM 10.00 
*Kos Pos Sabah/Sarawak RM 20.00


HUBUNGI KAMI: 
SMS | WhatsApp ~ 013-8674641
FacebookPRIVATE MESSAGE

SET KESIHATAN LELAKI

SET KESIHATAN LELAKI SHAKLEE

Set Kesihatan Lelaki ini sangat baik diambil kerana:

1. Kesihatan prostat terpelihara
2. Jantung kekal sihat
3. Mengawal tahap kolesterol yang baik




SET TEKANAN DARAH RENDAH

SET TEKANAN DARAH RENDAH
Set Tekanan Darah Rendah Shaklee



SET TEKANAN DARAH TINGGI

OMEGAGUARD SHAKLEE DAN TEKANAN DARAH TINGGI
OMEGA GUARD - mengawal paras darah





Selasa, 22 April 2014

SHAKLEE: BELI SEKALI, TAHAN BERBULAN-BULAN

set shaklee
Shaklee Tidak Mahal

Bercakap tentang harga, semua orang inginkan yang murah dan memberi kesan yang paling cepat. Setiap hari ada sahaja iklan di media sosial tentang penjualan produk dengan tawaran yang menarik. Kita tidak boleh persoalkan kaedah pemasaran mereka kerana itu strategi mereka. Lazimnya, setelah mencuba dan mengalami sendiri kesan pengambilan sesuatu produk itu, barulah mereka sedar harga bukanlah menjadi ukuran kualiti.

Kami di BHB (blisshealthbeauty) sentiasa berlapang dada dalam memberikan nasihat kepada para pengguna yang berurusniaga dengan kami. Malahan, kami juga merupakan pengguna produk Shaklee. Jadi, perubahan positif yang kami alami boleh dikongsikan bersama para pelanggan yang setia. Kadangkala, ada juga pelanggan yang belum lagi bersedia untuk membeli produk Shaklee tetapi mahu mengetahui terlebih dahulu kebaikan setiap supplement yang ada. Keadaan ini sangat menggembirakan hati kami kerana mereka ingin mengenali dahulu produk Shaklee. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Betul tak? BILA DAH CINTA, PASTI INGIN MEMILIKINYA.

Gunakanlah fungsi otak kiri untuk menganalisis sebaik mungkin. Cuba anda ambil sedikit masa untuk mengetahui sama ada mahal ataupun murah produk Shaklee ini. Bagaimana caranya? Anda boleh melihat setiap entri yang telah kami paparkan di blog. Semua maklumat ada di situ. Buatlah kira-kira untuk bajet bulanan anda. Anda juga boleh menghubungi kami untuk keterangan lebih lanjut sama ada melalui email, whatsapp, mesej mahupun call. Mudah-mudahan kami boleh membantu. Jangan sempitkan fikiran anda dengan beranggapan bahawa Shaklee mahal. Andaian yang negatif menyebabkan anda dihantui dengan aura yang negatif. Apabila aura negatif menguasai diri, sukar untuk anda menerima pandangan orang lain.Tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baik. Kesihatan itu perlu dicari kerana diri kita adalah amanah yang perlu dijaga. Kita bermohon kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Jadi, tanggungjawab kita untuk berusaha ke arah itu. Usaha, Doa, Tawakkal. Sentiasalah berpegang kepada konsep UDT ini. Insyaa Allah kehidupan kita akan dilimpahi dengan barakah.

Sekarang ini, kami sekeluarga semakin jatuh cinta dengan produk ESP daripada Shaklee. Setiap kali bangun pagi, kami akan tersenyum lalu bergegas ke dapur untuk minum ESP bersama horlick atau milo. Ianya merupakan suatu kenikmatan yang sangat kami syukuri. Kelazatannya seolah-olah berbisik kepada kami tentang khasiatnya yang sangat baik. Benar, kami tidak berasa lapar dalam tempoh yang singkat. Kami mengambil sarapan pagi sekadarnya seperti rutin harian sebelum ini. Keadaan perut yang tidak suka lapar, cergas melakukan aktiviti berkebun membuatkan kami sekeluarga hidup bahagia. Kami juga bertekad untuk menggunakan ESP dan produk Shaklee yang lain sehingga kami mencapai usia warga emas. Kami ingin sentiasa sihat supaya boleh beribadah seperti waktu muda.

Harapan kami kepada anda yang digerakkan hatinya oleh Allah s.w.t untuk melawat & membaca blog kami adalah semoga anda sentiasa berfikiran positif agar aura positif anda melebihi daripada aura negatif. Sebarkanlah kepada sahabat-handai, sanak-sanudara bahawa SHAKLEE TIDAK MAHAL. Sentiasa SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM.

SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL. SHAKLEE TIDAK MAHAL.


Sabtu, 19 April 2014

ESP SHAKLEE

ESP_blisshealthbeauty
Ringkasan Kebaikan ESP 

'A picture speaks a thousand words'. Itulah antara pepatah barat yang sering kita dengar. Melalui sekeping gambar & maklumat ringkas, ilmu dapat disampaikan dengan baik. Walaubagaimanapun, huraiannya masih diperlukan agar apa yang difahami selari dengan kehendak gambar tersebut. 

ESP. Bagi mereka yang peka dengan produk Shaklee, tentunya mengetahui tentang kebaikan ESP. Bagaimana pula untuk yang tidak mengetahuinya? Nah, dengan cara gambaran ringkas inilah ia boleh membantu. 

Jika sebelum ni, ada dipaparkan tentang ESP, kebaikannya dan juga pemprosesan kacang soyanya, kali ini berbeza sedikit. Saya nak cerita sedikit tentang kenikmatannya.

Setiap pagi saya akan minum ESP dengan sukatan 2 scoop bercampur air suam & 1 sudu horlick. Delicious! Kemudian saya akan bersarapan yang ringan-ringan sahaja seperti biskut. Sampai tengah hari masih terasa kenyang. Kini, makan tengah hari lebih kurang pukul 2.00 pm. Lewat petang pula saya akan minum ESP dengan sukatan 1 scoop sahaja. Maka sehari saya akan minum ESP dengan 3 scoop. Sebelum mengamalkan ESP, pukul 11.30 am perut sudah lapar. Nampakkan perbezaannya?

Perubahan yang lain seperti keguguran rambut yang berkurangan. Pada mulanya memang tidak perasan.Tetapi, bila setiap minggu menyapu rumah, baru perasan rambut yang gugur di lantai dah tak banyak seperti dulu. Begitu juga di bilik air. 

Sekarang ini, saya masih memerhatikan perubahan kulit tubuh badan dan juga parut kesan daripada chicken pox. Baru sahaja menggunakan 2 tin ESP. Jadi, perubahan belum ketara lagi. Saya akan update untuk entri akan datang tentang kebaikan ESP terhadap tubuh badan kita.

*Nota: 
Apa yang saya ceritakan di atas merupakan pengalaman daripada diri saya sendiri. Pegangan anda terhadap kenyataan saya di atas adalah hak anda. Saya hanya berkongsi untuk kebaikan bersama.

Selasa, 15 April 2014

TIP LANCAR URUSAN RUMAHTANGGA




Zaman moden masa kini, tentu sekali kehidupan berkeluarga sangat mencabar untuk digalas oleh suami dan isteri. Apatah lagi, jika sesebuah keluarga itu telah berkembang dengan kehadiran zuriat yang mungkin ramai. Keperluan daripada aspek ekonomi mendesak mereka untuk berusaha lebih keras dalam memenuhi keperluan harian. Tidak kiralah sama ada yang tinggal di kawasan bandar metropolitan mahupun luar bandar.

Suami dan isteri bekerja bukanlah fenomena baru lagi kerana mereka berganding-bahu demi 'mencukupkan apa yang tidak cukup'. Ada yang menjalankan perniagaan tidak kurang juga yang berkhidmat dalam pelbagai sektor. Semuanya berlaku di luar rumah. Bagaimana pula keadaannya apabila kembali ke rumah? Adakah tanggungjawab itu diletakkan sepenuhnya di bahu isteri? Membasuh baju, menyapu lantai, memasak, membasuh pinggan-mangkuk, mengemas rumah dan mengurus anak-anak menjadi tanggungjawab siapa? Suami atau isteri? Jawapan sebenarnya ada di dalam akal fikiran anda. TEPUK DADA, TANYA IMAN.

Sebahagian mentaliti kaum lelaki berpendapat bahawa semua itu tanggungjawab isteri kerana sejak kecil lagi ibu telah menerapkan nlai-nilai kerajinan melakukan kerja rumah kepada anak perempuan. Manakala anak lelaki didedahkan dengan kerja berat di luar rumah seperti membantu ayah di kebun. Sebahagiannya pula berpendapat seseorang lelaki itu boleh dan mampu melakukan apa yang kaum  isteri selalu lakukan. Inilah yang dikatakan adanya anjakan paradigma sebagai seorang suami yang juga ketua keluarga. Tentu sekali kaum isteri berasa seronok jika dikurniakan suami yang faham tentang konsep bekerjasama. Didoakan mudah-mudahan para suami di luar sana menjadi suami yang hebat untuk isteri anda yang hebat.

Janganlah kita sempitkan fikiran dan pandangan kita tentang siapa yang perlu buat atau itu tanggungjawab siapa. Sememangnya, ia adalah tanggungjawab bersama. Kita telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk hidup bersama, maka hendaklah kita melakukan apa sahaja perkara bersama agar ada keberkatan dan kenikmatan di situ. Berikut, saya senaraikan beberapa tip bagi memudahkan urusan dalam rumahtangga:

1. Memasak: Bahan-bahan asas masakan seperti bawang, halia, ikan bilis dan cili hendaklah dikisar untuk kegunaan seminggu. Bahan-bahan mentah lain seperti ikan, daging dan ayam boleh dibungkus berasingan mengikut kekerapan penggunaan dalam seminggu. Sayur-sayuran juga boleh dipotong dan disimpan. Mudahkan?

2. Menu untuk seminggu: Cuba sediakan sebuah buku nota kecil untuk anda rancang menu masakan seminggu. Selepas itu bolehlah beli bahan-bahan mengikut menu yang telah dirancang. Secara tidak langsung, pembaziran wang & masa dapat dielakkan.

3. Jadual kerja: Sediakan jadual kerja yang disusun mengikut keutamaan. Tujuannya untuk keberkesanan tugas. Tandakan tugas-tugas yang telah selesai dilaksanakan.

4. 3M: Jika boleh, aktiviti membasuh, mengangkat & melipat baju hendaklah dilakukan pada hari yang sama. Sikap bertangguh boleh menyebabkan kain-kain baju menggunung tingginya.

5. Doa: Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t bagi menghadirkan kekuatan, kesabaran & keikhlasan dalam melakukan rutin rumahtangga yang mencabar ini..

"...SEANDAINYA TIDAK TERPAHAT IMAN DI HATI, NESCAYA AKAN TERASA BEBAN MENJALANKAN SEMUA ITU. SEANDAINYA TIDAK MENGGUNUNG HARAPAN KEPADA PERMATA HATI TERCINTA UNTUK TUMBUH MENJADI GENERASI SOLEH DAN SOLEHAH, NESCAYA KITA TIDAK AKAN SANGGUP MENJALANI HARI-HARI TANPA UPAH & GAJI. SEANDAINYA BUKAN KERANA INGIN MERAIH REDHA ILAHI, NESCAYA KITA AKAN MENSIA-SIAKAN BAKTI KEPADA KELUARGA YANG DIBINA. DAN, SEANDAINYA TIADA BIDADARI ATAU BIDADARA SYURGA YANG AKAN CEMBURU KEPADA ISTERI SOLEHAH ATAU SUAMI SOLEH, NESCAYA TIDAKLAH KITA BERSUSAH PAYAH. HANYA ALLAH SEBAIK-BAIK PENILAI USAHA KITA..."

Isnin, 14 April 2014

BUASIR

Buasir atau saintifiknya dikenali sebagai hemorrhoids sebenarnya disebabkan berlakunya bengkak & pergerakan ke bawah 'anal cushions'. 'Anal cushions' ialah struktur normal yang terdapat di bahagian hujung 'rectum'.

JENIS BUASIR

1. Buasir dalaman
2. Buasir luaran

Buasir dalam: Buasir jenis ini tidak bahaya. Namun,  ia boleh menyebabkan kecederaan permukaan buasir yang tertekan bahkan kadang-kadang boleh pecah dan berdarah jika meneran atau gangguan dari laluan najis ketika membunag air besar. Jika hal ini terjadi, segeralah mendapat bantuan perubatan doktor di hospita. Mungkin juga darah yang keluar datang dari sumber yang lain seperti ketumbuhan mahupun kanser.

Buasir luaran: Sakit atau gatal di dubur merupakan gejala buasir jenis ini. Keadaan buasir yang tersepit menyebabkan bterjadinya bekuan darah dan kesannya adalah terasa sakit. Gejala ini memerlukan rawatan daripada doktor dan juga perhatian rapi. 

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA BUASIR

1. Sentiasa duduk
2. Kebiasaan meneran yang berlebihan semasa membuang air besar
3. Cirit-birit
4. Duduk mencangkung terlalu lama
5. Batuk yang teruk
6. Bersalin
7. Mengangkat berat
8. Faktor keturunan

PENCEGAHAN BUASIR

1. Menjaga corak pemakan yang sihat
2. Bersenam & olahraga dapat membantu mencegah sembelit
3. Bangun atau berjalan sekali-sekala sekurang-kurangnya 5 minit jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk. Secara tidak langsung ia dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
4. Dapatkan rawatan segera jika batuk, cirit-birit & sembelit yang berpanjangan.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU MENGATASI BUASIR?


SET BUASIR

SET BUASIR SHAKLEE
Set Buasir Shaklee




Ahad, 13 April 2014

TEKANAN DARAH

DARAH. Apakah itu darah? Bagaimanakah pula dengan TEKANAN DARAH?

Secara amnya, darah bermaksud cecair tisu yang mengangkut oksigen yang diperlukan ke seluruh tubuh badan. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan dan mengandungi pelbagai bahan imunisasi yang bertujuan mempertahankan badan daripada jangkitan. (sumber: wikipedia)

Tekanan darah pula bermaksud tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

BAGAIMANA TEKANAN DARAH DIUKUR?
Tekanan darah ada 2 ukuran yang biasanya diukur seperti berikut:

 120/80mmHG 

1.Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.                      
   Ia dipanggil Tekanan Sistolik

2.Nombor 80 menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
   Ia dipanggil Tekanan Diastolik.

Umum mengetahui bahawa tekanan darah ini mempunyai 2 jenis iaitu tekanan darah rendah & tekanan darah tinggi. Sekarang, kita akan melihat apakah itu tekanan darah rendah & darah tinggi.

TEKANAN DARAH RENDAH 
Sebahagian pakar mendefinisikan tekanan darah rendah ialah tekanan sistolik kurang daripada 90mmHG & tekanan diastolik kurang daripada 60mmHG. Untuk lebih jelas, sila lihat di bawah:

TEKANAN DARAH NORMAL   = 120/80mmHG
TEKANAN DARAH RENDAH    = 90/60mmHG

*sekiranya tekanan sistolik atau diastolik anda rendah, maka ia tetap diklasifikasikan sebagai tekanan darah rendah.

TEKANAN DARAH TINGGI 
Begitu juga dengan tekanan darah tinggi. Jika kadar tekanan sistolik atau diastolik anda sentiasa lebih tinggi dalam jangka masa yang lama, maka keadaan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai tekanan darah tinggi.

KESAN
1. TEKANAN DARAH RENDAH:
1. Cepat lelah
2. Pening kepala ketika posisi badan berubah
3. Mata berkunang-kunang
4. Mual
5. Kulit berasa dingin, pucat & lembap
6. Pernafasan cepat & pendek
7. Cepat dahaga

2. TEKANAN DARAH TINGGI:
1. Serangan jantung
2. Angin ahmar
3. Kegagalan jantung
4. Kerosakan buah pinggang

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan & nasihat pakar.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU MASALAH TEKANAN DARAH ANDA?

Set tekanan darah rendah


Jumaat, 11 April 2014

Khamis, 10 April 2014

KITA ADALAH JUARA

YOU, ME & US ARE WINNER!

One perfect sperm meets one perfect egg and makes one perfect baby

Bertuah kita dilahirkan di dunia ini kerana daripada 250 juta sel yang dilepaskan, kita termasuk dalam 40 juta sel yang berjaya melepasi halangan pertama. Seterusnya, kita berlumba lagi sehingga kita di antara 100 sel yang berjaya sampai ke destinasi sejauh 60km. Akhirnya, daripada 100 sel yang berlumba, kitalah juara yang terbaik! Kitalah yang telah ditakdirkan menjadi seorang manusia setelah melalui proses-proses kejadiannya.

Apabila dua sel itu bertemu, maka sempurnalah kejadian satu sel yang akan menjadi seorang manusia. Maklumat genetik yang di bawa oleh pemegang akan bergabung dengan ovum untuk melengkapkan genetik seorang manusia. Daripada satu sel, ia menggandakan diri dengan cepat menjadi dua, empat, enam belas dan seterusnya. sel-sel tersebut terus menggandakan dirinya sehingga menjadi segumpal darah lalu membentuk seketul daging. Sambil menggandakan dirinya,ia mula bergerak dari tiub Fallopio ke dinding rahim lalu menempel.

Subhanallah! Begitu ajaib proses kejadian manusia menurut hukum Allah s.w.t. Pertemuan dua sel yang terlalu kecil membawa kepada peniupan roh oleh Allah s.w.t dan seterusnya menjadi manusia seperti kita. Dua sel yang bercantum itu mampu hidup dan berkembang menjadi manusia. Tidak mungkin proses yang hebat ini berlaku dengan sendirinya tanpa ada kuasa yang mengawalnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan?Maka terangkan kepadaKu tentang nutfah yang kamu pancarkan. Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?"
(Surah al-Waqi'ah 56: 57-59)

Apabila kita berasa lemah dan banyak kekurangan berbanding orang lain, ingatlah bahawa kitalah juara antara 250 juta peserta suatu ketika dahulu. Allah s.w.t telah menciptakan kita melalui satu proses yang sangat hebat dan sempurna. Tentu sekali tujuan kita diciptakan untuk beribadat dan beramal soleh.

TAHNIAH KEPADA IBU-IBU YANG BERJAYA HAMIL! DIDOAKAN SEMOGA JUARA KECIL ANDA SELAMAT DILAHIRKAN.

Dalam memberikan yang terbaik kepada kandungan kita, pasti apa yang kita mahukan adalah sesuatu yang selamat dan seterusnya membantu dalam tumbesaran si juara kecil. Di sini, kami syorkan kepada anda set kehamilan daripada Shaklee untuk anda & si juara kecil! Khasiat yang terkandung dalam set tersebut mudah-mudahan membantu anda dalam mengharungi tempoh selama 9 bulan 10 hari. Tempoh yang begitu panjang. Begitu banyak testimoni tentang kebaikan set ini di internet. Tidakkah anda teruja untuk menggunakannya. Khasiatnya bukan untuk kandungan anda sahaja, tetapi untuk anda juga!


SET KEHAMILAN

SET KEHAMILAN SHAKLEE
Set Kehamilan Shaklee



Rabu, 9 April 2014

KESUBURAN: ANAKKU, HADIRLAH DIKAU


blisshealthbeauty.blogspot.com




Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang kejadian manusia iaitu pada surah al-Mu'minun ayat 12-14 yang bermaksud:

   “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. 

Begitulah kebesaran Allah s.w.t sebagai pencipta. Setiap bayi yang dilahirkan merupakan kehendak semua pasangan yang sudah berkahwin. Anak-anak adalah penyambung keturunan keluarga. Mereka juga merupakan perantara yang menguatkan lagi ikatan kasih sayang sepasang suami isteri. Apabila ibu bapa sudah meninggal dunia, doa-doa anak yang soleh/solehah inilah yang memberi kebaikan kepada ibu bapanya di alam kubur. Faktor-faktor inilah yang menjadi sebab atau pendorong tentang isu keinginan anak atau zuriat dalam sebuah institusi perkahwinan.

Namun demikian, sebagai hamba-Nya kita sentiasa diuji oleh-Nya. Bukan untuk melihat kita berputus-asa mahupun hilang keyakinan terhadap kekuasaan-Nya, tetapi ujian ini meningkatkan lagi tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t. 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Kesuburan


KESUBURAN: PENGIRAAN & WAKTU


Kejayaan proses kehamilan seseorang wanita itu melibatkan kesuburan di antara suami dan isteri. Bersyukurlah bagi mereka yang tiada masalah dalam kesuburan. Apakah itu waktu subur atau dikenali sebagai fertile window dalam istilah sains?Fertile window ialah waktu paling subur sama ada sebelum atau selepas ovulasi.


Apakah itu ovulasi? Ovulasi ialah proses di mana telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari dan akan bergerak ke tiub fallopio untuk disenyawakan. Bagaimanakah pengiraan waktu subur? 

1. Mulakan dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid. Seeloknya 8-12 bulan berturut-turut, Jika tiada, memadai dengan 6 bulan berturut-turut.

*INGAT, hari PERTAMA pendarahan haid merupakan hari PERTAMA bagi kitaran haid.

2. Pilih kitaran haid yang paling panjang. Kemudian tolakkan dengan nilai 11. Keputusan yang anda dapat merupakan hari TERAKHIR kesuburan anda.

Pilih kitaran haid yang paling pendek. Kemudian tolakkan dengan 18. Keputusan yang anda dapat merupakan hari PERTAMA kesuburan anda.

*Ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang dikeluarkan oleh suami boleh bertahan sehingga 5 hari di dalam tubuh wanita.

Mudah saja kan. Selamat mencuba sepanjang tempoh kesuburan anda! Semoga usaha anda berhasil!


BERAT MATA MEMANDANG,
BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Walau sekuat mana pun kita berusaha, Allah jua lah yang menentukan segalanya. Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Setakat ini, banyak testimoni positif mengenai keberkesanan menggunakan set kesuburan daripada Shaklee. Selain selamat, berkesan, produk Shaklee juga mesra alam. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, pasti mahu!

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI
Set untuk suami

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI
Set untuk isteri



Sabtu, 5 April 2014

MENJANA PENDAPATAN SEHINGGA 5 ANGKA

MENJANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE



MENGAPA Shaklee?
-Produk Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan & sentiasa mesra alam
-Shaklee berada di pasaran dunia lebih 55 tahun 
-Produk Shaklee tahan lama dengan harga yang berpatutan

BAGAIMANA?
-Mendaftar sebagai pengedar sah dengan yuran RM 65.00 seumur hidup
*Kos pengeposan akan dikenakan: 
 Semenanjung Malaysia RM 10.00
 Sabah/Sarawak             RM 20.00

APAKAH kebaikannya?
1. Kelas bimbingan PERCUMA
2. Jemputan ke secret group WhatsApp & Facebook
3. Pembelian produk Shaklee dengan HARGA AHLI
4. *Bonus bulanan 
5. *Bonus melancong/umrah
6. *Bonus kereta

BILA boleh mendaftar?
-As soon as possible dengan menghubungi kami 
1. 013-8674641 (SMS/WhatsApps)
2. Email: farahmakmor@yahoo.com
3. Facebook (private message)

*Tertakluk kepada terma dan syarat

OSTEMATRIX: WOW, AMAZING!


TAK PERLU RAGU LAGI! HEBATNYA OSTEMATRIX SHAKLEE. 

PELUANG INGIN MENJADI SIHAT DAH TERSEDIA DEPAN MATA ANDA. 

TAK PERLU FIKIR PANJANG LAGI.

MAKLUMAT TENTANG OSTEMATRIX KAMI DAH BAGI TAHU ANDA.

APA YANG ANDA PERLU BUAT HANYA MEMILIKINYA. 




OSTEMATRIX: MANFAAT YANG TIADA BANDINGAN!

Manfaat OsteMatrix

Sempena bulan April yang merupakan bulan promosi OsteMatrix daripada Shaklee ni, saya nak tambah lagi info tentang manfaat OsteMatrix. 

So, how after you all read this poster? Confirm semangat nak jaga kesihatan tulang kan. Jom sihat bersama Shaklee!





HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN