Sabtu, 6 September 2014

HYPERTENSION BOLEH DICEGAH DAN DIRAWAT


Sistem kardiovaskular dalam tubuh manusia

SISTEM KARDIOVASKULAR
Sistem kardiovaskular bermaksud sistem jantung dan saluran darah. Ia amat penting di dalam tubuh badan manusia kerana membekalkan darah ke seluruh tubuh badan.

Jantung bekerja seperti pam yang bertugas dengan mengecut dan berehat sepanjang masa tanpa henti.

Tekanan darah yang diukur dalam unit mmHg semasa jantung mengecut dipanggil sistolik. 

Manakala tekanan darah yang diukur semasa jantung berehat dipanggil diastolik.

Gambarajah jantung yang sedang mengepam & berehat

TEKANAN DARAH TINGGI
Penyakit tekanan darah tinggi boleh didefinisikan sebagai orang yang mempunyai bacaan tekanan darah (BP; Blood Pressure) pada sistolik nya 140mmHg atau lebih dan bacaan diastolik 90mmHg atau lebih. Penyakit ini juga dikenali dengan istilah 'Hypertension'.

Untuk lebih jelas lagi, jom kita lihat jadual di bawah ini.


PEMBUNUH SECARA SENYAP
Tahukah anda penyakit tekanan darah tinggi ini merupakan pembunuh secara kerana ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Tetapi bagaimanakah caranya? Kita perlu mengkaji dan mengetahui punca-puncanya.

PUNCA-PUNCA HYPERTENSION
 

 

1. Faktor umur yang kebiasaannya menyerang ketika 35 tahun ke atas
2. Perokok
3. Mengalami masalah obesiti
4. Mempunyai sejarah keluarga penghidap hypertension
5. Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti garam yang berlebihan dan alkohol
6. Kurang bersenam
7. Sering tertekan /stres



BAGAIMANA HYPERTENSION BERLAKU?
Tekanan sistolik yang tinggi menunjukkan bahawa saluran darah mula mengeras. Ini bermaksud ia kurang anjal dan terdapat penyempitan oleh plak kolesterol, lemak dan sebagainya pada dinding salur darah.

Manakala tekanan diastolik yang tinggi pula menunjukkan darah mula pekat. Ini menyebabkan aliran darah mula perlahan yang berpunca daripada kandungan kolesterol jahat LDL dan lemak (triglyceride) yang tinggi. Malahan HDL yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL pula semakin menurun.

Salur darah akan mula sempit jika tiada rawatan awal dan penjagaan pemakanan yang baik. Akibatnya, tekanan sistolik dan diastolik akan meningkat. Salur darah akan semakin sempit dan keras serta kurang anjal kerana pengumpulan lemak, kolesterol dan enapan plak pada dinding salur darah.

Tekanan darah akan menjadi tinggi yang seterusnya menyebabkan salur darah kecil seperti arteri tersumbat.

                              

Apabila kebanyakan dinding salur darah telah diselaputi oleh plak, maka tekanan darah memang sukar untuk dikawal. Ia sentiasa tinggi walaupun diberi ubat preskripsi yang membesarkan salur darah. Salur darah sudah tidak anjal lagi. Reseptor untuk bahan aktif ubat darah tinggi juga diselaputi plak. Jadi, bagaimana ubat nak berkesan?

Inilah punca tekanan darah tinggi tegar yang boleh mencapai sehingga lebih 200mmHg (tekanan sistolik). Tekanan diastolik pula sentiasa melebihi 100mmHg. Maka, risiko strok akibat pendarahan di otak boleh berlaku kerana salur kapilari pecah atau salur kapilari di otak tersumbat. Oksigen yang tidak sampai ke otak boleh menyebabkan anggota bahagian berkenaan menjadi lumpuh dan lemah.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
1. Amalan pemakanan yang sihat seperti mengurangkan lemak, minyak berlebihan, masin dan bahan perasa makanan (MSG)
2. Rajin bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara konsisten
3. Tidak merokok
4. Sentiasa berusaha untuk mengawal berat badan
5. Mengawal diri daripada stres yang teruk
6. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dalam memastikan tekanan darah yang normal dan sihat


SUPLEMEN SEMULAJADI SHAKLEE MEMBANTU MENANGANI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI




Di dalam set ini, terdapat 4 jenis suplemen yang boleh membantu masalah tekanan darah tinggi iaitu Omega Guard, Garlic Complex, CoQHealth Plus dan Phytocol-ST.

Anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada pengedar Shaklee yang bertauliah tentang pengambilan suplemen ini bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. 

Bukan keempat-empat suplemen ini perlu diambil serentak. Ia mengikut keperluan pengguna.

Tahukah anda dalam satu analisis menyatakan selepas 12 kajian klinikal dilakukan, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQHealth Plus berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17mmHg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10mmHG tanpa kesan sampingan yang ketara.

Manakala Phytocol-ST pula:

   Ethan Wang - Sales Director at Shaklee Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN