Isnin, 31 Mac 2014

SET KECANTIKAN KULIT: HAPUSKAN JERAWAT

JERAWAT SANA-SINI: KETAHUI PUNCANYA

PUNCA JERAWAT

BAHAGIAN
PENJELASAN
1 & 2
Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3
Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4, 5 & 7
Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam.
6
Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3.
8
Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9 & 10
Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11 & 12
Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13
Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14
Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

Walaupun jerawat banyak tumbuh di wajah anda, jangan risau. Kami di Shaklee sentiasa memberikan penyelesaian setiap masalah yang anada hadapi. Setelah melakukan R&D, Shaklee telah menemukan set untuk merawat jerawat/kulit seterusnya menghasilkan kulit yang cantik, bersuh dan mulus. Tidak kiralah anda wanita atau lelaki. Cubalah...cubalah...cubalah...

Dah banyak testimoni pengguna Shaklee tau. 

SET JERAWAT SHAKLEE



SET KECANTIKAN KULIT

Set Kecantikan Kulit ini sangat baik diambil kerana:

1. Kulit akan kelihatan cantik, mulus, berseri
2. Membantu menghasilkan kolagen yang memelihara kulit, tendon, ligamen & salur darah
3. Kulit lebih tegang, anjal & lembut
4. Meningkatkan tahap kesihatan kulit


Vitamin C
·                     Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
·                     Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

Vitamin E
·                     Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
·                     Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
·                     Membantu memudarkan parut

Vitamin B-Complex
·                     Membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
·                     Membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
·                     Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku




Rabu, 26 Mac 2014

WAJAH SEMAKIN GEBU & COMEL


Apabila anda baca sahaja tajuk ni, mesti kening sebelah ternaikkan? hehehe. Sekadar gurauan. Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah keberkesanan menggunakan produk Dnars dalam memelihara kesihatan wajah.


Semenjak saya menggunakan produk ini hampir 8 bulan, alhamdulillah bertambah gebu & comel (again... :-) ). Kulit muka sentiasa lembap, tegang & cerah. Mana tidaknya, segala vitamin yang ada pada krim & toner Dnars telah diserap ke dalam kulit muka saya. Bangun pagi je berseri-seri.


Semua kenyataan saya di atas bukan propaganda semata. Ini berdasarkan pengalaman saya. Malangnya, saya tiada pula ambil gambar ketika muka bermasalah sebab tak terfikir untuk berkongsi dengan anda semua di blog ini. Dulu jarang sangat buka blog. Tahun ini baru aktif. Hahaha.


Saya hanya boleh kongsikan gambar terkini. Tengoklah ye kat right side blog ni. Itulah gambar saya selepas menggunakan produk ini. Testimoni yang menggunakan Dnars anda boleh search di Google. 


Selain itu  juga, saya turut menggunakan Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee. Memang benar-benar membantu dalam kesihatan kulit wajah & badan. MANTAP luar dalam!

Ayuh hubungi saya untuk nasihat yang PERCUMA tentang produk Dnars.

SMS/WhatsApp: 013-8674641
Email: farahmakmor@yahoo.com

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU

DOA PEMBUKA DUA BELAS PINTU
Pintu rezeki

Hidup di dunia ini penuh cabaran. Kita sentiasa memerlukan pertolongan daripada Allah S.W.T. Mohonlah kepada-NYA selalu setiap selesai solat agar rezeki sentiasa ada untuk kita. Percayalah bahawa Allah itu Maha Mendengar. 


Jangan berlengah lagi. Kalau tak boleh hafal lagi, boleh tampal di dinding. Nanti lama-lama hafallah. Takkan kita hanya nak melihat kehidupan orang lain sahaja yang dilimpahi rezeki daripada Allah sedangkan kita langsung tak nak berusaha & memohon kepada Allah? TEPUK DADA, TANYA IMAN.

Selamat beramal!

Selasa, 25 Mac 2014

SET KESIHATAN WANITA

CADANGAN KESIHATAN WANITA

Set Kesihatan Wanita ini sangat baik diambil kerana:

1. Melegakan simptom PMS
2. Menggalakkan pertumbuhan sel untuk kulit cantik, berseri
3. Menggalak pertumbuhan tulang yang sihat
4. Mengurangkan risiko sakit jantung




Ahad, 23 Mac 2014

SET KESIHATAN OPTIMUM

Kesihatan optimum

Jika sebelum ini kita sering didedahkan dengan minuman 3in1, pada kali ini saya ingin anda tahu bahawa ada 3in1dengan Shaklee. 
Apa yang saya maksudkan adalah cadangan

 SET KESIHATAN OPTIMUM
 Vita-Lea + B-Complex + Vita-C

Vita-lea multivitamin & multimineral paling SEMPURNA
B-Complex memelihara kesihatan yang BAIK
Vita-C antioksidan SEMULAJADI

healthy family

Mudah-mudahan dengan menggunakan 3 jenis nutrisi ini secara konsisten anda akan memperoleh 1 kesihatan yang optimum!

Waktu muda mungkin kita sihat, tapi bagaimana pula dengan hari tua? Jadi, dengan usaha kita menjaga kesihatan daripada muda, diharapkan kita kekal sihat hingga ke tua. Bolehlah kita bermain-main dengan cucu, menyertai aktiviti bersama-sama dengan keluarga dan yang penting tidak perlu guna tongkat mahupun kerusi roda.

Selain itu, berdoalah agar dikurnikan kesihatan yang berpanjangan. Ingat konsep UDT kami 

Usaha.Doa.Tawakkal

Kami sentisa berlapang dada dalam membantu anda bersama orang tersayang sihat dengan Shaklee!


pengedar shaklee johor bahru, kota tinggi, bandar tenggara, kulai

SET SLIMMING BUDGET (2)

Set Slimming Budget

Berita gembira kepada anda yang sedang mencari set TERBAIK dalam pelangsingan badan. Saya hadiahkan kepada anda poster di atas untuk anda kembali SLIM & SIHAT!

Kalau sebelum ini saya ada post tentang Set Slimming Budget yang mana hanya ada pilihan nutrisi antara Herb-Lax & Lecithin. Kali ini, version No 2  ye. :-)

Cepat bertindak sebelum anda mengalami obesiti yang melampau! Lagi berapa bulan sahaja kita nak sambut Hari Raya. Semua orang nak CANTIK, SLIM & SIHAT . Saya boleh bantu. Jom !

Senyum selalu :-)




Sabtu, 22 Mac 2014

VITA-LEA MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL TERHEBAT


vitalea shaklee

Multivitamin & multimineral
-Vita-lea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

-Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah , 12 vitamin dan 7 mineral penting sebgaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Perbezaan Shaklee
-Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang pling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

-Mineral yang terkandung di dalamnya amat mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Manfaat Vita-lea
Kelebihan Vita-Lea Shaklee

Cara mendapatkan Vita-lea
1. Anda boleh terus klik sahaja icon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami dengan SEGERA untuk pembelian. Kami juga akan memberikan konsultasi PERCUMA tentang pengambilan suplemen Shaklee.



PENGEDAR SHAKLEE JOHOR, KOTA TINGGI, KLUANG, BANDAR TENGGARA

NOURISH YOUR HAIR - SUBURKAN RAMBUT ANDA - SHAKLEE

Set Rambut Shaklee



RAMBUT...RAMBUT...dengan keadaan iklim Malaysia yang tak menentu sekarang ni, terlampau banyak bahan pencemaran berterbangan di ruang udara. Akibatnya, rambut anda yang terdedah kepada udara mengalami 'sakit'. Macam-macam sakit pada rambut yang ada. Contohnya keguguran rambut yang banyak, kegatalan kulit kepala, rambut tidak subur. Bahkan ada sebahagiannya yang rosak kerana menggunakan 'aksesori' rambut seperti dye.

Bila rambut dah 'sakit', kenalah bagi supplement yang mampu merawat dengan berkesan! Tak perlu fikir panjang nak guna yang mana. Guna sahaja set penjagaan rambut daripada Shaklee. Sebab apa saya kata begitu? 

Rambut yang sihat bermula daripada akar rambut.

Setiap produk ProSante Shaklee mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral & herba bagi membekalkan kesihatan rambut yang optimum pada rambut anda.

Ekstrak swertia & halia digunakan untuk merangsang peredaran darah & membekalkan tenaga kepada folikel rambut selain vitamin A & E yang membantu metabolisme  kulit kepala yang sihat.

Istimewanya anda tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut & juga kulit kepada anda dalam rangkaian produk penjagaan rambut Shaklee.

Keberkesananya? Anda yang akan merasainya! Jadi, gunalah set ini untuk mengalami kehebatannya. 




Jumaat, 21 Mac 2014

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI


Melangkah ke gerbang perkahwinan merupakan detik terindah bagi pasangan raja sehari. Mana tidaknya, impian untuk hidup bersama akhirnya terlaksana jua. Namun, dilema sering menghantui pasangan yang sudah berkahwin dengan masalah kesuburan setelah usia ikatan perkahwinan menjangkau 1 tahun.Tiada pihak yang boleh disalahkan dalam masalah ini. 

Setiap kekurangan itu, pasti ada hikmahnya. Hikmah yang mengajar kita supaya sentiasa berusaha dalam memperbaiki mutu kehidupan berkeluarga tanpa hanya menerima sahaja apa yang Allah kurniakan. Dengan begitu, kita akan berfikir tentang manfaat setiap ciptaan-Nya seperti tumbuhan & buah-buahan. Jangan risau, masalah anda, ada penyelesaiannya. 

SET KESUBURAN Shaklee boleh membantu!

Untuk SUAMI, anda boleh cuba:
             
         i) Vita-E Complex (antaranya terdiri drp ekstrak biji anggur)
        ii) Zinc Complex (formula berasaskan sayur-sayuran)

Untuk ISTERI, anda boleh cuba:

        i) ESP (mengandungi protein berasaskan tumbuhan)
       ii) GLA Complex (terdiri drp minyak benih matahari & borage
       iii) Alfalfa Complex (berasaskan tumbuhan)

Semoga usaha di atas akan membuka jalan buntu anda selama ini. Mudah-mudahan dengan izin-Nya akan lahirlah si comel yang amat dinanti-nantikan. Ramai di luar sana yang sudah berjaya. Tak salah untuk anda cuba.




Rabu, 19 Mac 2014

SET SLIMMING BUDGET (1)


SET SLIMMING BUDGET SHAKLEE
Berapa BMI anda? Let's check it out. Boleh check kat right side blog ni. Macam mana? Overweight ke healthy? Tahniah kepada yang sihat. Yang overweight tu jangan bersedih. Teruskan bacaan anda di blog ni untuk penyelesaiannya.

Siapa yang tak nak mempunyai bentuk badan yang menarik dengan mengamalkan diet tanpa menyeksa badan. Kalau anda tanya saya bagaimana, inilah jawapan saya. SET SLIMMING BUDGET SHAKLEE !

Lecithin & Herb-Lax adalah budget yang minimum untuk anda. Fungsi bagi setiap supplement tersebut anda boleh rujuk pada poster ye. 

Lecithin mengandungi kolina. The National Academy of Sciences menyatakan bahawa kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular & pembiakan. Herb-Lax pula menyokong sistem pencernaan anda.

Cuba anda fikirkan sejenak. Bila kita kembali mempunyai berat badan yang ideal, pasti keyakinan bertambah. Malahan dapat melakukan pelbagai aktiviti lasak dengan selesa tanpa rasa cepat penat.

Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda & juga bumi ini.

HIDUP SIHAT DENGAN NUTRISI YANG SIHAT !
BILA SIHAT, HIDUP INI LEBIH NIKMAT !
APA LAGI, ORDER LAH CEPAT !





Isnin, 17 Mac 2014

HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM

herbal blend - Shaklee


Memang terbaiklah krim daripada Shaklee ni. Multi-purpose sangat! Kalau tak percaya search je kat internet tentang keberkesanannya. Pasti ada jawapannya. Lepas je dapat tau produk ni available terus je saya beli. Saya nak rawat ruam yang ada kat leher & lengan ni. Selain tu nak merawat kulit kasar pada tumit,siku & lutut. Nanti saya akan update tentang keberkesanannya. Tak sabar rasanya!


Krim ni memang perlu ada di rumah. Boleh disapu pada kulit yang terkena gigitan serangga kecil, melecur, parut akibat chicken pox dan eczema. Jangan lengah lagi, belilah sekarang dengan saya. Harga? Murah sahaja. 

Untuk kegunaan seisi keluarga.

*****************************************************
Kelmarin beli krim ni (17/03/2014), semalam dah sampai (18/03/2014). Malam je terus saya guna pada ruam di leher & lengan, tumit kaki, siku, lutut & parut kerana chicken pox. Esok pagi je bangun, tak sangka ruam pada leher berkurangan! Termasuklah ruam pada lipatan lengan ni. Nak tunjuk ke? Tak bolehlah. Aurat. Tapi saya akan tunjukkan hasilnya pada buku lali suami saya nanti ye. Sabar. 

Kalau zaman nenek kita, memang mereka guna pelbagai herba untuk merawat. Tapi, takkan kita nak tepek herba tu kan. Pasti mengganggu dalam aktiviti seharian. Herbal Blend ni pun diperbuat daripada herba. Bila kita sapu je, dia meresap & tidak berminyak. 

Apa yang lebih MeLeToP lagi bila pembelian krim ni hanya mengambil masa 1 hari je untuk mendapat status SOLD OUT seluruh Malaysia. Maknanya apa tu? Maknanya ramai sangat orang Malaysia yang menggunakannya a.k.a permintaan TINGGI! Jadi, apa kata anda cuba. Pasti kagum dengan keberkesanannya. Murah sahaja. Anda bagi saya RM50.00, masih ada baki lagi tau duit anda. 




Ahad, 16 Mac 2014

ESP : SUMBER PROTEIN KACANG SOYA NON-GMO

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

ESP SHAKLEE

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur iaitu daripada muda sehingga ke warga emas. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 menjadikan ESP sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.

PERBEZAAN ESP SHAKLEE
Untuk makluman semua pembaca, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein yang pertama telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Begitu banyak ujian klinikal yang telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang terbaik.

TIADA KERAGUAN
ESP telah diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non-GMO' (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

KEHEBATAN ESP
                
 Satu hidangan Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

TAHUKAH ANDA?
Indeks Glisemik (G.I.)
-Menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

-Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

-Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. 

-ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Asid Amino
-Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

-Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

-Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Kepentingan protein
- Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein.

-Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon. Akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ seterusnya membawa kepada kematian.

Kebaikan ESP
1. Awet muda
- Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon
- Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat
- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan  dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja
- Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga
- Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

6. Membaiki pigmentasi
- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua

7. Membaiki memori
-Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

CARA MENDAPATKAN ESP
1. Klik sahaja gambar eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau

2. Hubungi sahaja kami dengan SEGERA! Kami akan memberikan konsultasi PERCUMA kepada anda.



Selasa, 11 Mac 2014

DIET RASULULLAH S.A.W: ROLE MODEL TERBAIK DI DUNIA

DIET PEMAKANAN RASULULLAH SAW

DIET PEMAKANAN RASULULLAH 1

DIET PEMAKANAN RASULULLAH 2

DIET PEMAKANAN RASULULLAH 3

Semua maklumat ini saya dapat daripada perkongsian ilmu di group whatsApp. Jadi, saya ringkaskan dalam bentuk grafik macam ni supaya tertarik untuk dibaca. Apa yang penting, kita semua ingat & amalkan. Zahirkanlah cinta kita pada Rasulullah SAW dengan apa yang telah ditinggalkan kepada kita. :-)

Banyak makanan barat yang merosakkan sistem tubuh kita seperti Sherphed Pie, Lasagna dan lain-lain yang mana susu dimakan bersama dengan daging. Lepas ni jangan makan lagi ye (ingatan untuk saya juga. Hehe.)

Tomyam tu pula kalau nak masak janganlah dicampur antara ayam dengan seafood ye. 

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN