Ahad, 7 September 2014

MERAWAT DIABETES DENGAN BETUL


DIABETES MELLITUS ATAU KENCING MANIS?
Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin.

Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga

Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis.

JENIS DIABETES



Diabetes boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:

I. Diabetes yang bergantung kepada insulin 
   (IDDM atau diabetes Jenis I).
II. Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin 
   (NIDDM atau diabetes Jenis II)

Diabetes Jenis I dan II dapat dibezakan seperti berikutnya:
























(Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml pada 2 kali pengambilan yang berbeza atau, 

keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa 200mg/ml atau lebih tinggi).

GEJALA DIABETES

• Kerap membuang air kecil
• Terasa amat dahaga
• Kabur penglihatan
• Penurunan berat badan
• Keletihan
• Luka yang lambat sembuh
• Nafas berbau manis

Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.

TINDAK BALAS HIPOGLISEMIA
Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah), tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku kesan dari:

*pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.

Tanda-tanda hipoglisemia yang pertama ialah:
• lapar
• berpeluh
• tidak dapat memberi tumpuan
• debaran jantung
• peningkatan keresahan
• loya

Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?

• Minum sedikit air buah-buahan
• Ambil 1/2 tin minuman ringan
• Ambil 2 sudu teh gula pasir
• Makan sedikit snek
• Ambil 7 biji kekacang jeli
• Gosokkan serbuk glukos ke gusi
(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun).

KOMPLIKASI DIABETES
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.

Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

RAWATAN
Memilih tempat suntikan
Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit).

Cubitan
Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot. Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot.

Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit arthritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit. 

Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.

Tempat-tempat suntikan yang utama
Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza.

Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat, seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah:

Kelajuan penyerapan
1) Peha-perlahan

2) Lengan-sederhana

3) Abdomen-cepat

4) Punggung-perlahan

Kesan sampingan biasa yang akan di alami oleh pesakit ialah seperti debaran jantung, kekeliruan, berpeluh dan atropi (penyusutan tisu akibat kemerosotan sel) atau hipertropi (penambahan saiz tisu akibat pembesaran sel-sel) pada tisu lemak subkutaneus di tempat suntikan.

(Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah di atas. Jangan berhenti menggunakan insulin tanpa memaklumkannya kepada doktor anda)

Terapi atau rawatan yang tidak menggunakan insulin selalunya diberikan kepada pesakit Diabetes Jenis II. Ianya merangkumi pemakanan (diet), senaman dan ubat makan.

Ubat makan untuk hipoglisemia
Terdapat 3 kumpulan utama ubat tersebut:

1. Sulfonylureas
Ia bertindak dengan meransang pengeluaran insulin ke dalam darah dan meningkatkan kemasukan gula ke dalam sel-sel. Dengan ini ia menurunkan paras gula dalam darah. Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit ialah loya, muntah, sakit kepala, pening. sakit abdomen. 

Sila maklumkan kepada doktor anda atau pegawai farmasi jika anda mengalami gejala yang dinyatakan itu. Ubat-ubatnya adalah seperti:
• Chlorpropamide (generasi pertama)
• Tolbutamide (generasi pertama)
• Glibenclamide (generasi kedua)
• Gliclazide (generasi kedua)
• Glipizide (generasi kedua)

2. Biguanides
Ia bertindak dengan meningkatkan pengaliran gula ke dalam sel-sel dan menyekat penyerapan gula (dari makanan) ke dalam darah melalui usus. Dengan itu, ia dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Kesan sampingannya adalah sama seperti Sulfonylureas. Ubatnya adalah seperti: Metformin

3. Penghalang Alpha-Glucosidase
Ia bertindak dengan menyekat enzim tertentu di dalam usus yang bertanggung jawab menyerap gula dari makanan. Dengan yang demikian, ia mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah melalui usus dan juga mengurangkan paras gula darah. Ubatnya seperti: Acarbose

Kesan sampingannya: kembung, cirit-birit (dalam kes ini, dosnya perlu dikurangkan atau dihentikan sama sekali), sakit abdomen, najis lembut.

Sila maklumkan kepada doktor anda jika mengalami gejala yang disebutkan di atas. Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat tersebut tanpa memaklumkannya kepada doktor anda!


10 Langkah Penjagaan Sendiri
1. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
2. Jangan mengambil snek di antara waktu makan
3. Jangan melangkau waktu makan anda
4. Berhenti merokok
5. Berhenti mengambil alkohol
6. Berjumpalah doktor anda selalu
7. Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda.
8. Bersenamlah secara teratur, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin).
9. Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
10. Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki.

MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA

Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di bulan puasa:



(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek).


Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. 

Masa yang terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kira-kira 2 jam selepas berbuka puasa. 

Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.

BANTUAN PEMULIHAN DENGAN SHAKLEE

SET ASAS DIABETES
SET LENGKAP DIABETES
VIVIX MENGIMPAK 4 MEKANISME UTAMA
PENUAAN SELULAR
Artikel berkaitan:

CARA MENDAPATKAN SET DIABETES
1. Klik ikon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami SEGERA untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA tentang masalah kesihatan anda dan juga untuk membuat pembelian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN