Isnin, 8 September 2014

TIPS KURUS : DIET SELAMAT


Berat badan menjangkau sehingga 'overweight'. Hanya dalam seminggu mengamalkan suplemen 'X' boleh turun berkilo-kilo. Sangat luar biasa dan DRASTIK! 
Situasi ini sering terjadi kepada mereka yang ingin kelihatan lansing dalam sekelip mata tanpa 'exercise' mahupun gaya pemakanan yang seimbang. 

Tahukah anda tindakan seperti ini boleh mendatangkan masalah di kemudian hari seperti pitam, pengsan, tekanan darah menurun secara mengejut dan fungsi badan berubah secara mendadak. Kena ada langkah-langkah secara berperingkat ye. Pakar kesihatan pun melarang untuk tampil kurus secara 'express'.

Oleh itu, kami akan berikan anda panduan dalam mengamalkan diet yang sihat.




7 AMALAN DIET YANG SELAMAT & BERKHASIAT


1. SARAPAN
- Jangan sesekali cuba meninggalkan sarapan. Sarapan itu sangat penting walaupun secawan oat atau 2 keping roti.

BACA DI SINI untuk mengetahui kelebihan bersarapan.

2. KAWAL PEMAKANAN 
- Kalau sebelum ini anda makan nasi dengan nisbah (portion) yang banyak, kali ini mesti kena kurangkan.Contohnya daripada sepinggan nasi menjadi separuh pinggan sahaja. Jangan 'SKIP' lunch time ok.

3. CARA MASAKAN
- Masakan yang terlalu banyak kandungan kolesterol boleh menggagalkan usaha anda untuk kurus. Oleh itu, cuba ubah kepada masakan secara rebusan, kukus atau panggang. Banyak juga resepi yang lazat untuk ketiga-tiga jenis masakan tersebut. Cubalah!

4. SAYUR-SAYURAN












- Pengambilan sayur-sayuran mampu membantu anda dalam usaha tampil kurus dan menawan. Sebab apa? Sebab sayu-sayuran diperkaya dengan pelbagai vitamin dan serat. Lebih baik banyak makan sayur daripada makan nasi. Ahaks!

5. DAGING TANPA LEMAK
- Mungkin ada di antara anda yang sangat gemar makan daging. Anda boleh berbuat demikian tetapi hanya bahagian daging yang tiada lemak atau mengambil dalam 'portion' yang sedikit sahaja.

6. MAKANAN RENDAH LEMAK

- Lemak atau kolesterol merupakan musuh utama kepada mereka yang ingin diet. Say No to cholesterol, fat! Anda boleh mengambil yogurt yang rendah lemak, kopi atau teh tanpa susu pekat manis. Susu pekat manis mengandungi kandungan gula yang amat tinggi sehingga ada yang menggelarkannya 'ibu gula'. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis pada senyuman. Gituu.

7. MAKAN MALAM AWAL
- Setiap makanan yang kita ambil ada membekalkan tenaga. Tetapi bagaimana pula kalau kita makan lewat malam, kemudian belum sempat tenaga daripada makanan kita gunakan, bantal dan tilam sudah memanggil-manggil? Sebab itu kita perlu makan malam di awal waktu sebaik-baiknya sebelum 9.00 malam. Lebih baik lagi pada lewat petang seperti jam 6.30 petang. Lakukanlah aktiviti ringan selepas makan malam supaya lemak boleh terbakar. Pastikan selepas makan jangan tidur!

Seronokkan amalan diet seperti ini? Kita boleh menikmati makanan walaupun dalam proses diet tetapi dengan kadar yang terkawal bukan berlebihan. Tidak perlu menyeksa diri sehingga terjadinya gastrik dan sebagainya.

MAKANAN CADANGAN UNTUK DIET

1. SARAPAN
- Satu mangkuk bubur nasi + kacang panjang + daging hancur + sedikit sayur campur  ...atau
- Sekeping tosai + kari kacang dal ...atau
- 2 keping roti jala + sedikit kuah kari

2. MAKAN TENGAH HARI
- Sepinggan nasi ayam yang dipanggang atau dikukus ...atau
- Sedikit nasi putih + ikan + sayur campur ...atau
- Satu mangkuk mihun sup atau mi rebus + isi ayam + daging + bebola ikan
- Satu keping capati + ayam + satu mangkuk kecil sayur

3. MINUM PETANG (antara 3-6 petang)
- Cukuplah sebiji epal atau buah-buahan lain seperti betik, anggur, kiwi dan tembikai ... atau
- Secawan teh 'O' panas + sekeping roti bakar

4. MAKAN MALAM
- Seelok-eloknya jangan melebihi sehingga jam 9.00 malam
- Cukuplah mengambil sekeping kebab ayam + semangkuk salad ...atau
- Semangkuk sup sayur/tomyam ...atau
- Hanya menjamah ikan kukus + sayur-sayuran

Artikel berkaitan:

RENCANA KESIHATAN: 3 RAHSIA DIET DR.AISHAH
Pengamal perubatan, Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin berkata pengambilan makanan 'tidak sihat' sebenarnya boleh dielakkan jika mempunyai pengetahuan dan peka dengan juadah yang dihidangkan.

Beliau telah memperkenalkan konsep pemakanan inovatif dan kreatif tersendiri untuk masyarakat umum. Konsep tersebut terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu juadah makanan aesthetic, aphrodesiac dan penyembuh. Semua kategori ini diperakui mempunyai khasiat yang tinggi dan rendah kalori. ramuan utamanya ialah 'teh hijau' yang terkenal dengan sifat anti-oksidanya.

1. AESTHETIC
-Pengambilan makanan ini membolehkan seseorang itu kekal sihat dan cantik. Contohnya 'Egg Tuna Roll Bersama Sos Teh Hijau'.

2. APHRODESIAC
-Berkesan untuk pasangan suami isteri dalam hubungan kelamin kerana mengatasi masalah kelesuan serta meningkatkan daya hubungan intim. Makanan tersebut hendaklah mempunyai zat yang tinggi seperti badam, asparagus, pisang, daun selasih (basil), coklat, tiram, buah pala, halia dan brokoli.

-Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan teobromine yang memberi kesan neurotransmitter dalam otak dan bahan perangsang phenylethylamine.

-"Makanan jenis kaya dengan vitamin terutamanya B6 dan potassium yang boleh merangsang hormon seksual," jelasnya.

3. PENYEMBUH
-Berupaya memperbaiki kerosakan sel dalam badan dan menjadi penawar kepada sesuatu penyakit.

-Contoh makanan dalam kategori ini ialah seperti superfoods yogurt, bayam, kacang, kekacang, teh hijau, brokoli, telur, beri dan keledek merah.

Namun begitu, Dr. Aishah berkata penghasilan makanan memerlukan kreativi dan resipi tersendiri. Contoh resepi yang diketengahkan ialah sup badam brokoli, sup barli lobak merah dan lain-lain lagi.

  

SEMOGA TIPS INI MEMBANTU ANDA UNTUK TAMPIL KURUS



2 ulasan:

  1. Waahhh....bagus info ni. Sangat berguna nih. Thanx.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama Nisha... semoga ia bermanfaat kepada awak sekeluarga. Terima kasih kerana melawat blog kami

      Padam

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN