Ahad, 16 Mac 2014

ESP : SUMBER PROTEIN KACANG SOYA NON-GMO

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

ESP SHAKLEE

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur iaitu daripada muda sehingga ke warga emas. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 menjadikan ESP sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.

PERBEZAAN ESP SHAKLEE
Untuk makluman semua pembaca, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein yang pertama telah dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Begitu banyak ujian klinikal yang telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang terbaik.

TIADA KERAGUAN
ESP telah diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non-GMO' (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

KEHEBATAN ESP
                
 Satu hidangan Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

TAHUKAH ANDA?
Indeks Glisemik (G.I.)
-Menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

-Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

-Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. 

-ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Asid Amino
-Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

-Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

-Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Kepentingan protein
- Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein.

-Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon. Akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ seterusnya membawa kepada kematian.

Kebaikan ESP
1. Awet muda
- Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon
- Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat
- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan  dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja
- Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga
- Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

6. Membaiki pigmentasi
- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua

7. Membaiki memori
-Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

CARA MENDAPATKAN ESP
1. Klik sahaja gambar eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau

2. Hubungi sahaja kami dengan SEGERA! Kami akan memberikan konsultasi PERCUMA kepada anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN