Sabtu, 19 April 2014

ESP SHAKLEE

ESP_blisshealthbeauty
Ringkasan Kebaikan ESP 

'A picture speaks a thousand words'. Itulah antara pepatah barat yang sering kita dengar. Melalui sekeping gambar & maklumat ringkas, ilmu dapat disampaikan dengan baik. Walaubagaimanapun, huraiannya masih diperlukan agar apa yang difahami selari dengan kehendak gambar tersebut. 

ESP. Bagi mereka yang peka dengan produk Shaklee, tentunya mengetahui tentang kebaikan ESP. Bagaimana pula untuk yang tidak mengetahuinya? Nah, dengan cara gambaran ringkas inilah ia boleh membantu. 

Jika sebelum ni, ada dipaparkan tentang ESP, kebaikannya dan juga pemprosesan kacang soyanya, kali ini berbeza sedikit. Saya nak cerita sedikit tentang kenikmatannya.

Setiap pagi saya akan minum ESP dengan sukatan 2 scoop bercampur air suam & 1 sudu horlick. Delicious! Kemudian saya akan bersarapan yang ringan-ringan sahaja seperti biskut. Sampai tengah hari masih terasa kenyang. Kini, makan tengah hari lebih kurang pukul 2.00 pm. Lewat petang pula saya akan minum ESP dengan sukatan 1 scoop sahaja. Maka sehari saya akan minum ESP dengan 3 scoop. Sebelum mengamalkan ESP, pukul 11.30 am perut sudah lapar. Nampakkan perbezaannya?

Perubahan yang lain seperti keguguran rambut yang berkurangan. Pada mulanya memang tidak perasan.Tetapi, bila setiap minggu menyapu rumah, baru perasan rambut yang gugur di lantai dah tak banyak seperti dulu. Begitu juga di bilik air. 

Sekarang ini, saya masih memerhatikan perubahan kulit tubuh badan dan juga parut kesan daripada chicken pox. Baru sahaja menggunakan 2 tin ESP. Jadi, perubahan belum ketara lagi. Saya akan update untuk entri akan datang tentang kebaikan ESP terhadap tubuh badan kita.

*Nota: 
Apa yang saya ceritakan di atas merupakan pengalaman daripada diri saya sendiri. Pegangan anda terhadap kenyataan saya di atas adalah hak anda. Saya hanya berkongsi untuk kebaikan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN