Khamis, 10 April 2014

KITA ADALAH JUARA

YOU, ME & US ARE WINNER!

One perfect sperm meets one perfect egg and makes one perfect baby

Bertuah kita dilahirkan di dunia ini kerana daripada 250 juta sel yang dilepaskan, kita termasuk dalam 40 juta sel yang berjaya melepasi halangan pertama. Seterusnya, kita berlumba lagi sehingga kita di antara 100 sel yang berjaya sampai ke destinasi sejauh 60km. Akhirnya, daripada 100 sel yang berlumba, kitalah juara yang terbaik! Kitalah yang telah ditakdirkan menjadi seorang manusia setelah melalui proses-proses kejadiannya.

Apabila dua sel itu bertemu, maka sempurnalah kejadian satu sel yang akan menjadi seorang manusia. Maklumat genetik yang di bawa oleh pemegang akan bergabung dengan ovum untuk melengkapkan genetik seorang manusia. Daripada satu sel, ia menggandakan diri dengan cepat menjadi dua, empat, enam belas dan seterusnya. sel-sel tersebut terus menggandakan dirinya sehingga menjadi segumpal darah lalu membentuk seketul daging. Sambil menggandakan dirinya,ia mula bergerak dari tiub Fallopio ke dinding rahim lalu menempel.

Subhanallah! Begitu ajaib proses kejadian manusia menurut hukum Allah s.w.t. Pertemuan dua sel yang terlalu kecil membawa kepada peniupan roh oleh Allah s.w.t dan seterusnya menjadi manusia seperti kita. Dua sel yang bercantum itu mampu hidup dan berkembang menjadi manusia. Tidak mungkin proses yang hebat ini berlaku dengan sendirinya tanpa ada kuasa yang mengawalnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan?Maka terangkan kepadaKu tentang nutfah yang kamu pancarkan. Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?"
(Surah al-Waqi'ah 56: 57-59)

Apabila kita berasa lemah dan banyak kekurangan berbanding orang lain, ingatlah bahawa kitalah juara antara 250 juta peserta suatu ketika dahulu. Allah s.w.t telah menciptakan kita melalui satu proses yang sangat hebat dan sempurna. Tentu sekali tujuan kita diciptakan untuk beribadat dan beramal soleh.

TAHNIAH KEPADA IBU-IBU YANG BERJAYA HAMIL! DIDOAKAN SEMOGA JUARA KECIL ANDA SELAMAT DILAHIRKAN.

Dalam memberikan yang terbaik kepada kandungan kita, pasti apa yang kita mahukan adalah sesuatu yang selamat dan seterusnya membantu dalam tumbesaran si juara kecil. Di sini, kami syorkan kepada anda set kehamilan daripada Shaklee untuk anda & si juara kecil! Khasiat yang terkandung dalam set tersebut mudah-mudahan membantu anda dalam mengharungi tempoh selama 9 bulan 10 hari. Tempoh yang begitu panjang. Begitu banyak testimoni tentang kebaikan set ini di internet. Tidakkah anda teruja untuk menggunakannya. Khasiatnya bukan untuk kandungan anda sahaja, tetapi untuk anda juga!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN