Rabu, 9 April 2014

KESUBURAN: ANAKKU, HADIRLAH DIKAU


blisshealthbeauty.blogspot.com




Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang kejadian manusia iaitu pada surah al-Mu'minun ayat 12-14 yang bermaksud:

   “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. 

Begitulah kebesaran Allah s.w.t sebagai pencipta. Setiap bayi yang dilahirkan merupakan kehendak semua pasangan yang sudah berkahwin. Anak-anak adalah penyambung keturunan keluarga. Mereka juga merupakan perantara yang menguatkan lagi ikatan kasih sayang sepasang suami isteri. Apabila ibu bapa sudah meninggal dunia, doa-doa anak yang soleh/solehah inilah yang memberi kebaikan kepada ibu bapanya di alam kubur. Faktor-faktor inilah yang menjadi sebab atau pendorong tentang isu keinginan anak atau zuriat dalam sebuah institusi perkahwinan.

Namun demikian, sebagai hamba-Nya kita sentiasa diuji oleh-Nya. Bukan untuk melihat kita berputus-asa mahupun hilang keyakinan terhadap kekuasaan-Nya, tetapi ujian ini meningkatkan lagi tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t. 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Kesuburan


KESUBURAN: PENGIRAAN & WAKTU


Kejayaan proses kehamilan seseorang wanita itu melibatkan kesuburan di antara suami dan isteri. Bersyukurlah bagi mereka yang tiada masalah dalam kesuburan. Apakah itu waktu subur atau dikenali sebagai fertile window dalam istilah sains?Fertile window ialah waktu paling subur sama ada sebelum atau selepas ovulasi.


Apakah itu ovulasi? Ovulasi ialah proses di mana telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari dan akan bergerak ke tiub fallopio untuk disenyawakan. Bagaimanakah pengiraan waktu subur? 

1. Mulakan dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid. Seeloknya 8-12 bulan berturut-turut, Jika tiada, memadai dengan 6 bulan berturut-turut.

*INGAT, hari PERTAMA pendarahan haid merupakan hari PERTAMA bagi kitaran haid.

2. Pilih kitaran haid yang paling panjang. Kemudian tolakkan dengan nilai 11. Keputusan yang anda dapat merupakan hari TERAKHIR kesuburan anda.

Pilih kitaran haid yang paling pendek. Kemudian tolakkan dengan 18. Keputusan yang anda dapat merupakan hari PERTAMA kesuburan anda.

*Ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang dikeluarkan oleh suami boleh bertahan sehingga 5 hari di dalam tubuh wanita.

Mudah saja kan. Selamat mencuba sepanjang tempoh kesuburan anda! Semoga usaha anda berhasil!


BERAT MATA MEMANDANG,
BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Walau sekuat mana pun kita berusaha, Allah jua lah yang menentukan segalanya. Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Setakat ini, banyak testimoni positif mengenai keberkesanan menggunakan set kesuburan daripada Shaklee. Selain selamat, berkesan, produk Shaklee juga mesra alam. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, pasti mahu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN