Isnin, 19 Mei 2014

KESUBURAN:PUNCA SUAMI ISTERI GAGAL MEMPUNYAI ANAK ?

Sumber: drzubaidi.com

Seringkali masalah kesuburan dikaitkan dengan wanita ataupun isteri. Hal ini adalah tidak benar sama sekali kerana ia berpunca daripada beberapa faktor. Kajian oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa 30% masing-masing dimiliki oleh pihak suami & isteri. Manakala 10%  disebabkan oleh kombinasi kedua-dua belah pihak dan 35% lagi atas sebab-sebab lain.

Walaubagaimanapun, setiap masalah boleh dirungkaikan satu-persatu. Perjalanan kehidupan kita telah ditentukan. Kepada Allah jua lah kita memohon & meminta. Berusaha & terus berusaha.


Kita adalah ciptaan & Allah adalah Maha Pencipta - الخالق
Kebahagiaan sebuah rumahtangga itu bukan bergantung semata-mata dengan lahirnya anak. Tetapi kehadiran anak itu menambah lagi kebahagiaan.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 216:

    "Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu. Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui."

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: 

"Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka, jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya. 
Hadith riwayat muslim-

Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada hambanya. Allah berfirman di dalam surah Asy-Syura ayat 49-50:

"Bagi Allah jualah hak milik semua yang ada di langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakinya. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki. Atau mengurniakan kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa sahaja yang dikehendakinya, mandul. Sesunggunya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."


Abu Hanifah meriwayatkan dalam musnadnya, 
dari Jabir bin Abdullah, seorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak." 
Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Sudahkah kamu memperbanyakkan beristighfar & bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu. 
Dengan izin Allah, orang yang mengadu nasibnya itu akhirnya dikurniakan sembilan orang anak lelaki


Anda juga boleh pelajari bagaimana membuat pengiraan dalam menentukan waktu kesuburan anda. Mungkin ia lebih menyeronokkan sambil menambah ilmu.

SHAKLEE: 
MEMBANTU MENINGKATKAN PERATUS KEHAMILAN

Dengan kepakaran yang ada, Shaklee telah berjaya mencipta suplemen dalam membantu para suami isteri mengatasi masalah kesuburan. Semoga usaha yang ingin kami kongsikan kepada anda mampu membuat anda tersenyum lebar kelak. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN