Selasa, 9 September 2014

SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE BERKESAN


BERAPA KALI ANDA MENUKAR PRODUK KECANTIKAN?
Terdapat pelbagai produk kecantikan kulit yang berada di pasaran. Mungkin anda merupakan sebahagian daripada golongan yang suka bertukar produk kerana ingin mencari yang sesuai dengan kulit anda. Namun, ia mengecewakan anda kerana kurang berhasil ataupun menjadi bertambah buruk. Mari kita fahami dahulu jenis kulit yang ada.

JENIS KULIT
kulit
Struktur kulit


Struktur lapisan kulit

a. Lapisan epidermis
Lapisan epidermis iaitu lapisan epitel yang berasal dari ekstoderm. Berdasarkan ketebalan epidermis, dapat dibezakan kulit tebal dan kulit tipis. Epidermis meliputi rambut, kuku, kelenjar sebaceous dan kelenjar peluh. Lapisan epidermis terdiri dari stratum korneum, stratu lusidum, stratum granulosum, stratum spinosum, stratum basale.

b. Lapisan dermis
Lapisan dermis iaitu suatu lapisan yang berasal dari mesoderm, terletak di bawah lapisan epidermis dan jauh lebih tebal dari epidermis. Lapisan ini terdiri dari lapisan elastik yang padat dengan elemen-elemen selular dan folikel rambut. Lapisan dermis dibahagi menjadi dua bahagian iaitu pars papilare dan pars retikulare. Pada lapisan ini terdapat sel-sel saraf dan pembuluh darah.

c. Lapisan subcutaneous
 Lapisan ini mengandung sel-sel lemak.

Jenis kulit muka boleh dikenalpasti melalui jumlah sebum yang dihasilkan oleh liang roma. Berikut ialah jenis-jenis kulit muka:

i) Kulit normal
ii) Kulit berminyak
iii) Kulit kering
iv) Kulit kombinasi

Sesuatu situasi juga boleh mengubah jenis kulit anda seperti keadaan tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, hormon dan juga penggunaan produk.


i) Kulit normal
Jumlah minyak semulajadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Pada waktu tengah hari atau petang, permukaan zon T di muka hanya sedikit berminyak dan berkilau. Lapisan pipi juga tidak selalu kering



ii) Kulit kering
Kulit jenis ini menghasilkan kurang sebum dan mempunyai raut wajah yang kusam. Mudah menggelupas dan senang terdapat garis-garis halus keranan tahap kelembapan yang rendah. Mereka juga mudah untuk mendapat jeragat kerana kulit yang kering ini. Langkah terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menggunakan produk yang boleh membekalkan lembapan kepada kulit.



iii) Kulit berminyak
Penghasilan sebum yang banyak membuatkan golongan jenis ini berasa tidak selesa dengan penampilannya kerana ia mengganggu tatarias solekan.

Bahkan keadaan minyak yang berlebihan memudahkan pertumbuhan jerawat selain mempunyai liang roma yang besar. Hidung merupakan bahagian utama yang selalu mengeluarkan minyak yang lebih.

Oleh itu, mereka memerlukan penjagaan yang khusus dalam menyingkirkan minyak yang berlebihan tetapi dalam waktu sama memastikan kulit muka tidak terlalu kering.



iii) Kulit kombinasi
Secara amnya, kulit jenis ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak. Kebiasaannya tempat yang kering adalah di bahagian pipi manakala di zon T berminyak.

SELESAIKAN MASALAH KULIT ANDA DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Para saintis Shaklee sentiasa berusaha dalam kajian mereka untuk menghasilkan suatu produk yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

Mereka sedaya upaya dalam membantu menyelesaikan setiap masalah kesihatan yang ada di dunia ini. Ini adalah usaha mereka dalam memberikan kebaikan dan manfaat alam semulajadi kepada manusia sejagat. Namun, kita sebagai umat Islam mesti berpegang kepada rukun iman iaitu Percaya kepada Allah. Setiap apa yang berlaku semuanya atas keizinan-Nya. Kita berusaha, namun kesembuhan adalah atas kekuasaan-Nya.

Jangan sesekali kita beri'ktikad bahawa kerana mengambil suplemen ini aku sihat. Jangan sesekali ya! Anggaplah semoga dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti ini, aku dikurniakan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah. Seterusnya, membolehkan aku untuk beribadah kepadanya dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 

Jom kita lihat apa dia set kecantikan shaklee yang boleh membantu anda mengembalikan kesihatan kulit. Tidak kiralah apa pun jenis kulit muka anda, set kecantikan shaklee boleh membantu! Pssst, kena pastikan juga tentang amalan pemakanan ya! Makanlah makanan yang sihat seperti melebihkan pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan disamping air putih yang cukup. Makanan yang berminyak tu tolonglah kurangkan. Air putih pun kena minum banyak ye. Semoga berjaya!


Mudah-mudahan dengan mengambil suplemen diatas secara konsisten disamping menjaga diet pemakanan yang sihat, masalah kulit anda akan kembali pulih. Kesemua nutrien dalam suplemen di atas amat membantu dalam menjadikan kulit wajah anda mulus dan berseri-seri.

Sekiranya anda mempunyai bajet tertentu sama ada sedikit atau banyak, hubungi sahaja kami. Kami sedia membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.

Artikel berkaitan:
Hapuskan Jerawat


CARA MENDAPATKAN SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE
1. Klik sahaja ikon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami SEGERA untuk pembelian dan sebarang pertanyaan. Konsultasi adalah PERCUMA disamping maklumat yang lain-lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN