Selasa, 9 September 2014

SET MENYUSU SHAKLEE PENUH KHASIAT


Pernahkah anda terfikir bahawa susu ibu adalah makanan terbaik kepada bayi anda? Bagaimana untuk memastikan tubuh badan anda kekal sihat & cergas dalam membekalkan susu ibu kepada permata hati? Ikuti perbincangan kami tentang isu ini.

KENAPA SUSU IBU MAKANAN TERBAIK BAYI?

Kandungan nutrien yang sepenuhnya yang terdapat pada susu ibu memang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.

Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.

Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.

Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.

Kesan baik susu ibu itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.

Kajian di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mendapati bahawa penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif.

PENYUSUAN IBU SECARA EKSKLUSIF

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahiran. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

TUNTUTAN IBU YANG BEKERJA

Gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus.

Walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.

Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin.

STOK SUSU IBU
Ibu yang bekerja mempunyai masa yang terhad untuk menyusukan bayi mereka. Oleh itu, menyimpan stok susu badan merupakan langkahyang terbaik.

Berikut kami berikan panduan dalam penyimpanan stok susu ibu. Semoga ia bermanfaat kepada anda.

Bekas simpanan:
1. Memilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat.
2. Gelas atau plastik keras adalah pilihan terbaik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
3. Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Suhu simpanan:
1. Pilih suhu bilik yang tidak melebihi daripada 25 darjah celcius selama 4 jam.
2. Di dalam peti sejuk yang bersuhu 4 darjah celcius atau lebih rendah yang tidak melebihi 24 jam.
3. Di dalam peti sejuk beku bersuhu -20 sehingga -18 darjah celcius yang tidak mempunyai kitar nyahbeku selama 3 hingga 6 bulan.
4. Menyimpan susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang dismpan di hadapan lebih muah terjejas dengan perubahan suhu semasa peti sejuk di buka.

Lain-lain panduan:
1. Ibu boleh mencampurkan susu yang baru sahaja dipam dengan susu beku sekiranya ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya 1 jam. Selain itu, jumlahnya mestilah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
2. Lakukan dalam tempoh 24 jam jika anda membuat keputusan untuk membekukan susu badan.
3. Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Peringatan:
Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan  daripada susu formula..

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

IBU SIHAT, ANAK PUN SIHAT
Pengambilan suplemen ketika ibu dalam tempoh menyusukan bayi bukanlah untuk memperbanyakkan susu. Anda perlu faham bahawa tujuan mengambil suplemen adalah untuk memastikan ibu mendapat vitamin yang cukup. Vitamin berfungsi dalam membantu tubuh badan ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. 

Secara tidak langsung, ibu mampu membekalkan susu yang terbaik kepada si kecil. Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan, maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.

SET IBU MENYUSU SHAKLEE
Kini, ramai ibu yang menggunakan set menyusu shaklee dalam usaha ke arah mendapatkan kesihatan yang berpanjangan. Tahniah kami ucapkan kepada anda kerana memulakan langkah yang baik ke arah pengambilan suplemen semulajadi yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.

Klik DI SINI untuk ketahui kebaikan SET IBU MENYUSU Shaklee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN