Khamis, 4 September 2014

SET RESDUNG SHAKLEE : MEMBANTU PESAKIT SELESA


RESDUNG ATAU SINUS














Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.

‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Ramai juga yang akan mengaku mereka menghidapi ‘resdung’- mereka pun juga merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.

Kesimpulannya, tidak kira apa jenis istilah atau perkataan yang orang gunakan untuk merujuk kepada  gejala atau penyakit mereka, kita perlu mengupas sejarah penyakit dan menjalankan  ujian fizikal tertentu untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang betul.

Ringkasnya, jika benar anda mempunyai penyakit tersebut, dapatkan rawatan daripada doktor dan nasihat tentang pengambilan suplemen yang sesuai.

SET RESDUNG SHAKLEE

SET RESDUNG SHAKLEE
Suplemen untuk merawat penyakit resdung

BAGAIMANA MENDAPATKAN SET RESDUNG SHAKLEE?
1. Klik sahaja ikon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami SEGERA untuk pembelian dan sebarang pertanyaan. Konsultasi adalah PERCUMA disamping maklumat yang lain-lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN