Khamis, 13 November 2014

UDANG GORENG TEPUNG & FRIED VEGE OYSTER CORN


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca resipi saya untuk kali ini. Menu apa hari ini? Sebenarnya tak merancang pun nak masak menu di atas hari ini. Tetapi disebabkan suami tiba-tiba bawa balik udang satu plastik, sel otak terus berhubung dan memberikan saya signal dengan resipi ini. Let's check it out ~
Masuk hari kedua ni, handphone mesti ada atas meja. Maklumlah buat blog tentang resipi makanan ni kita tak boleh ambil gambar dari sumber lain. Tak fresh la kan.Hihihi. Siapa suka makan udang, angkat tangan !!! Saya suka sangat. 

Saya goreng udang ni bukan setakat kunyit dan garam sahaja. Ada bahan-bahan lain. Apa dia? Haaaa, mempersembahkan resipi saya untuk anda semua.

UDANG GORENG TEPUNG
oleh : Puan Farah Makmor

Bahan-Bahan:
1. Udang (dibersihkan & dibuang kepala jika mahu)
2. Daun kari (dihiris)
3. Tepung beras
4. Tepung gandum (kuantiti ikut keperluan anda)
5. Putih telur
6. Serbuk penaik (baking powder) 
7. Kunyit, garam


Cara-cara memasak:
1. Tabur sedikit kunyit & garam kepada udang di dalam bekas. Gaul sehingga rata.
2. Penyediaan batter udang:
(a) Campurkan tepung gandum dengan daun kari bersama sedikit    tepung beras, kunyit, serbuk penaik, putih telur & garam.
(b) Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
3. Panaskan minyak. Celupkan udang dengan batter. Goreng sehingga masak.
4. Hidangkan.

Tips:
1. Tidak perlu banyak menggunakan tepung beras. Nisbah antara tepung beras dengan tepung gandum ialah 1:2
2. Kuantiti serbuk penaik juga tidak perlu banyak.Anggaran 1 sudu kecil sahaja.
3. Menggoreng udang hendaklah menggunakan api yang kecil kerana dikhuatiri kulit bahagian luar sudah hampir hangus tapi isi dalam belum masak sepenuhnya. Hihihi.




SaNgat SEDAP dAn mEnYeLeraKannn .............

  Next ~

FRIED VEGE OYSTER CORN
oleh: Puan Farah Makmor

Bahan-bahan:
1. Kacang panjang (dipotong)
2. Tomato (dipotong dadu)
3. Jagung muda (dihiris)
4. Lada besar merah (dibelah menjadi kelopak bunga)
5. Sos tiram
6. Tepung jagung
7. Bawang besar, bawang putih (dihiris)
8. Garam

Cara-cara memasak:
1. Panakan minyak. Tumis bawang & lada besar merah.
2. Masukkan kesemua sayur kecuali tomato. Tuang sedikit air masak.
3. Taburkan sedikit tepung jagung & bubuh sedikit sos tiram.
4. Masukkan tomato. Gaul sehingga rata.
5. Taburkan sedikit garam dan kacau.
6. Hidangkan.

Tips:
1. Jangan tabur banyak sangat tepung jagung. Nanti kuah akan terlalu pekat.

Gempakkan nama menu sayuran saya. Hihi. Itu saya berikan nama sendiri. Saja nak glamour kan menu tu. Semoga hari-hari anda semakin ceria & bersemangat dengan hidangan yang berkhasiat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN