Jumaat, 23 Mei 2014

Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate

RUMAHKU SYURGAKU


TAHUKAN ANDA?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.


Tiada yang lebih menyeronokkan apabila anda membersihkan rumah kesayangan anda dengan cecair yang SUPERB disamping mendapat manfaat daripadanya. Sangat efektif kan? Tetapi, bagaimana? Memperkenalkan kepada anda satu lagi produk Shaklee iaitu Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate . Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² TIDAK mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Basic H2 Shaklee

TANPA TOKSIK, CARA MEMBERSIH SEMULAJADI
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali anda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan. Sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, membersihkan kesan susu yang tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

PERBEZAAN DENGAN PRODUK YANG LAIN

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
 Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
 Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
MESRA ALAM


Sesuai untuk membersihkan 1001 macam jenis kotoran di rumah

1. Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan.

2. Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah.

3. Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak.

4. 2 kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.

5. Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan.

FUNGSI BASIC H²
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)


BAGAIMANA MENGGUNAKANNYA

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN