Isnin, 5 Mei 2014

KOLESTEROL

APAKAH ITU KOLESTEROL?
Secara ringkasnya, kolesterol adalah lemak berwarna kekuningan yang dihasilkan oleh tubuh manusia terutama di dalam hati. Kolesterol merupakan lemak yang penting tetapi jika kita berlebihan menggunakannya, ia boleh mendatangkan kemudaratan. Dari sudut kimia, kolesterol diklasifikasikan dalam kumpulan lipid (lemak) yang terdiri daripada komponen alkohol steroid.

APAKAH SUMBER-SUMBER KOLESTEROL?

Antaranya ialah seperti berikut:

 

APAKAH FUNGSI KOLESTEROL?
Kolesterol dalam tubuh badan kita mempunyai fungsi yang penting seperti:
   1.Pembentukan hormon testosteron (lelaki)
   2.Pembentukan hormon estrogen (wanita)
   3.Pembentukan vitamin D
   4.Sebagai sumber tenaga

LIPOPROTEIN
Lipoprotein merupakan gabungan molekul lipid & protein yang disintesis di dalam hati. 3 jenis lipoprotein adalah LDL, HDL & Trigliserida. Ketiga-tiga jenis lipid ini mempunyai fungsi yang berbeza dalam proses terjadinya atherosclerosis.

   a.LDL (low density lipoprotein) - paling banyak mengangkut kolesterol dalam di dalam darah
   b.HDL (high density lipoprotein) - mengangkut kolesterol lebih sedikit. Ia juga berfungsi membuang lebihan LDL kolesterol di pembuluh darah (arteri)kembali ke hati untuk diproses & dibuang.
   c.Trigliserida - lemak dalam darah yang boleh mempengaruhi kadar kolesterol dalam darah.

Kesimpulannya, LDL kita boleh katakan bahawa ia adalah kolesterol 'jahat' manakala HDL adalah kolesterol 'baik'.


LDL
Kadar LDL yang tinggi & pekat dalam darah boleh menyebabkan kolesterol lebih banyak melekat di dinding-dinding pembuluh darah. Seterusnya, jika terlalu banyak kolesterol yang melekat, maka akan terjadilah mendapan yang membentuk plak pada dinding-dinding pembuluh darah. Akibatnya, rongga pembuluh darah menjadi sempit sehingga saluran darah terganggu. Di sinilah akan wujudnya risiko penyakit seperti strok & jantung.

SALURAN ARTERI TERSUMBAT
Gambarajah perbezaan saluran arteri yang normal dengan tersumbat

APAKAH PUNCA KOLESTEROL TINGGI?

1. Faktor genetik
2. Faktor usia 
3. Kegemukan
4. Kurang berolahraga
5. Tekanan darah tinggi
6. Pesakit diabetis

MENGAPAKAH PERLU MEMILIH NUTRISI SHAKLEE?


1 ulasan:

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN