Isnin, 5 Mei 2014

OSTEOPOROSIS VS KALSIUM

APAKAH ITU KALSIUM?
1.Kalsium merupakan di antara unsur mineral yang penting kepada kita selain daripada fosforus, besi/ferum, iodin, natrium & fluorin.
2.Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang & gigi yang baik terutama kepada kanak-kanak & remaja. 99% kalsium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang & gigi.
3.Selain tu, bagi golongan wanita yang mengalami menopause (putus haid) pula, kalsium sangat penting di dalam badan mereka kerana ia mampu membantu mengekalkan struktur tulang mereka.

APAKAH SUMBER-SUMBER KALSIUM?
Berikut adalah contoh-contohnya:
   1.Makanan dairy (tenusu)
   2.Susu
   3.Sardin
   4.Ikan bilis
   5.Tofu
   6.Tiram
   7.Sayuran mentah
   8.Udang
   9.Kekacang

Sebagai perbandingan kasar, lihat gambarajah di bawah:

600mg kalsium equal to
Pengambilan kalsium
Nota:
Kekurangan pengambilan kalsium boleh menyebabkan penyakit Ricket terhadap kanak-kanak, Osteomalacia terhadapa orang dewasa, darah lambat beku & kekejangan otot.

Ricket : Penyakit akibat kekurangan kuantiti kalsium di dalam tulang. Dikenali juga tulang lembut.
Osteomalacia: Situasi di mana tulang menjadi lembut & mudah patah serta otot lemah.

APAKAH FUNGSI KALSIUM?
Selain penting untuk pembentukan tulang & gigi, kalsium juga berfungsi untuk:
   1.Saraf yang baik ( rasa gelisah, kebas, sesemut)
   2.Otot yang baik (kekejangan) seperti di waktu malam
   3.Proses pembekuan darah
   4.Menghalang terjadinya tekanan darah tinggi [kajian terkini]

BAGAIMANAKAH KALSIUM BERFUNGSI SECARA MAKSIMUM?
Bagi membolehkan kalsium menyerap ke dalam tulang secara maksimum, kalsium hendaklah diambil:
   1.Bersama-sama vitamin D
   2.Bersama-sama magnesium
   (sekiranya pengambilan kalsium tidak selari dengan magnesium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian otot, jantung & buah pinggang lalu membentuk batu karang)
   3.Selepas makan

Bagi meningkatkan lagi penyerapan kalsium, kita hendaklah menjauhi pengambilan berikut:
   1.Air berkaffein & alkohol - mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
   2.Produk tinggi lemak seperti coklat - Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium yang seterusnya membentuk batu karang.
   3.Pengambilan cereal bersama-sama kalsium - menghalang penyerapan kalsium yang efisien.
   4.Pengambilan garam yang tinggi - menyebabkan kalsium lebih banyak keluar dari sistem badan kita.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN KALSIUM?


                     LELAKI
Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8-11
800
12-15
1200
16-18
1000
19-64
800
64 & ke atas
800


                     WANITA
Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8-11
900
12-15
1000
16-18
800
19-54
800
54 & ke atas
1000
Mengandung
1100
Menyusu bayi
1200

MENGAPAKAH IBU HAMIL MEMERLUKAN KALSIUM?
Info:
14 kajian yang telah disenaraikan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati seorang ibu yang hamil boleh mengalami gejala tekanan darah tinggi atau dikenali sebgai pra-eklampsia. Gejala ini berpotensi membawa maut kepada ibu & bayi akibat kenaikan darah tinggi.

Ibu yang hamil memerlukan kalsium yang mencukupi kerana bayi akan menyerap kalsium semasa dia membesar untuk proses pembentukan tulang. Penyerapan kalsium lebih tinggi lagi ketika di akhir tempoh kehamilan. Justeru, ibu hamil memang perlu mengambil kalsium yang mencukupi. Hal ini kerana, kegagalan menggantikan kalsium yang telah diserap oleh bayi ketika di dalam kandungan boleh menyebabkan ibu kehilangan gigi lebih awal daripada waktu yang sepatutnya selain berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

Pengambilan kalsium yang mencukupi oleh ibu hamil juga membantu dalam proses merehatkan otot rahim yang mengecut selepas bersalin mahupun sewaktu kedatangan haid. Kalsium juga boleh membantu ibu yang bersalin daripada mengalami masalah kekejangan terutamanya pada bahagian kaki.


BAGAIMANAKAH OSTEOPOROSIS BERLAKU?
Osteoporosis boleh berlaku jika jumlah kalsium di dalam tulang berkurangan. Wanita lebih terdedah kepada risiko ini berbanding lelaki. Hal ini disebabkan jisim tulang wanita yang lebih ringan berbanding lelaki. Kajian menunjukkan secara puratanya wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki.

Ketika usia 35 tahun, proses pembentukan tulang sedang giat berlaku. Oleh yang demikian, kita digalakkan mengambil kalsium yang mencukupi bagi mengelakkan berlakunya osteoporosis kelak.

MENGAPAKAH PERLU MEMILIH KALSIUM OSTEMATRIX SHAKLEE?
Ostematrix Shaklee

Manfaat Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee, Amazing!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN