Selasa, 20 Mei 2014

VIVIX SHAKLEE: SIAPA YANG PERLUKAN?

vivix shaklee
Mencegah penuaan di peringkat selular
Pada tahun 2008, sains Shaklee telah memperkenalkan Vivix yang merupakan satu perkembangan terbaru dalam selular anti penuaan. Minuman campuran botani Vivix ini telah menjadikan ia satu revolusi penemuan Shaklee dalam pemakanan polifenol.


vivix shaklee
Revolusi Penemuan Shaklee

Cerita Tentang Vivix
Pada tahun 2006, ahli sains Harvard, Dr. David Sinclair telah menerbitkan satu penyelidikannya dalam jurnal Nature yang sangat mengejutkan dunia sains. Hasil penyelidikannya menunjukkan bahawa molekul ringkas yang terdapat dalam wain merah boleh menghidupan gen anti-penuaan & melambatkan proses penuaan.

Sememangnya hal ini bukan bermakna kita boleh hidup selama-lamanya. Apa yang ingin difokuskan adalah bagaimana teknologi sains mempunyai jawapan dalam memperlahankan proses penuaan. (bangga menjadi student sains selama 10 tahun).

Sekian lama para penyelidik sains telah memahami bahawa sekatan kalori yang teruk boleh melambatkan proses penuaan. Namun kini, mereka telah berjaya mendapatkan solusi terbaik dengan keputusan yang sama tanpa perlu mengamalkan diet yang menyeksakan!

Inilah Ceritanya...
Sekarang cuba anda letakkan diri anda pada tahun 1991. Seorang penyelidik alkohol Perancis terkenal, Dr. Serge Renault dalam satu segmen rancangan '60 minit' , (The Paradox Perancis) melaporkan bahawa orang Perancis mempunyai 42% kurang penyakit jantung dan hidup lebih lama daripada orang di Amerika Syarikat.

Bagaimana Boleh Berlaku?
Tahukah anda bahawa minuman di Perancis memang mengandungi terlalu banyak wain merah. Hal ini membuatkan Dr. Renault mempercayai bahawa ada 'sesuatu' dalam wain merah yang berjaya melawan kesan negatif terhadap makanan berlemak tetapi beliau tidak pasti. Beberapa teori mengatakan bahawa 'sesuatu' itu adalah alkohol. Ada pula sebahagian teori berpendapat ia adalah kuasa antioksidan yang terdapat dalam wain merah. 

Berita Baik Datang Secara Perlahan-lahan
Tahun demi tahun berlalu. Kini, kita mempunyai bukti secara saintifik yang tidak dapat disangkal bahawa molekul ringkas yang terdapat dalam wain merah mempunyai kuasa penyembuhan & anti-penuaan. Sungguh besar kekuasaan Allah dalam setiap ciptaan-Nya. Cuma kita perlu berusaha gigih dalam menemukannya. Subhanallah...

Apabila Dr. Sinclair menerbitkan penyelidikannya, FORTUNE menggelarkannya sebagai "Perhaps the greatest discovery since antibiotics".Beliau telah berjaya mengasingkan gen yang memperlahankan penuaan iaitu sirtuin.


Penemuan
Dr. Sinclair dan pasukannya di Sekolah Perubatan Harvard , telah menguji lebih daripada 20,000 molekul semula jadi satu demi satu sebelum secara tidak sengaja beliau menemui molekul ajaib tersebut. Molekul tersebut berupaya menghidupkan gen untuk memperlahankan proses penuaan. Ia dipanggil resveratrol.



Menggunakan resveratrol, Dr. Sinclair mendapati bahawa ia boleh memanjangkan hayat yis. Ini berita yang menakjubkan! Namun, hanya segelintir sahaja penyelidik sains yang memberikan tepukan ringan terhadap kejayaan Dr. Sinclair. Lagipun ujian tersebut hanya diuji ke atas yis sahaja.



Dr. Sinclair tidak berputusa asa. Beliau meneruskan kajiannya dengan memberi makan resveratrol kepada lalat buah. Bingo! It worked again. Tepukan bertambah lebih kuat dan penyelidikan terhadap resveratrol menjadi lebih sengit.



Para saintis lain meneruskan penyelidikan untuk membuktikan penemuan Dr. Sinclair mempunyai kejayaan yang sama terhadap ikan. Kejayaan berjaya dicatatkan sekali lagi kerana ia berupaya memanjangkan jangka hayat ikan sehingga 70%.


Walaupun kejayaan demi kejayaan terhasil, para saintis masih lagi tidak berpuas hati melainkan jika Dr. Sinclair berjaya melanjutkan hayat tikus. Ini kerana tikus mempunyai gen yang sama dengan manusia. 

Kajian ke atas Tikus Bermula

Apa yang dapat digambarkan dengan hasil penyelidikan tersebut ke atas tikus moden ini ialah ia boleh hidup sehingga 30% lebih lama. Inilah penemuan yang ajaib apabila resveratrol ditambahkan kepada diet lemak yang tinggi seekor tikus. 

Tikus tersebut tidak lagi mengalami penambahan berat badan yang teruk malah daya ketahanannya berganda. Tikus tersebut juga boleh berlari dua kali lebih jauh daripada tikus biasa yang tidak diberikan resveratrol. Berita yang lebih menarik lagi apabila tikus tersebut tidak mengalami penyakit penuaan, jantung, kencing manis mahupun strok.

Resveratrol- Peluang Keemasan Bermula

Dr. Sinclair telah menjadi orang pertama dalam sejarah yang berjaya memanjangkan hayat (dengan faktor sengaja). Penyelidikan yang diterbitkan beliau membuktikan merit resveratrol dalam lanjutan hidup telah menjadi pencetus kepada kajian saintifik di seluruh dunia.

Berbilion-bilion dolar telah dilaburkan kepada makmal swasta, universiti dan agensi-agensi kesihatan awam seperti Institut Kesihatan Kebangsaan, Institut Kanser Negara, Institut Penuaan Negara dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa resveratrol dan polifenol yang berkaitan telah menjadi molekul semula jadi yang paling banyak dikaji dalam sejarah manusia.

Ganjaran
Dalam tempoh beberapa minggu selepas Dr. Sinclair muncul pada 20/20, beratus-ratus produk resveratrol di kedai-kedai makanan kesihatan, dan di internet dikeluarkan.

Jika anda mengambil mana-mana produk-produk tersebut, anda boleh membazirkan wang anda. Lebih buruk lagi, manfaat anti -penuaan yang diharapkan tiada pada produk tersebut. Mengapa ?

Hal ini kerana kajian menunjukkan produk-produk tersebut mengandungi sedikit (jika ada) resveratrol malah terkandung sis - resveratrol - satu bentuk pengurangan resveratrol yang terbukti tidak mempunyai manfaat kesihatan. Dalam erti kata lain penipuan dalam strategi pemasaran.

Siapakah Yang Boleh Anda Percaya?

Shaklee Corporation telah menjadi syarikat nombor satu pemakanan semula jadi Amerika dan juara sebenar bagi makanan tambahan semula jadi selama lebih setengah abad.

Ketua saintis, Dr. Carsten Smidt telah mengkaji dengan lebih mendalam tentang kajian Dr. Sinclair . Beliau dan pasukannya berpendapat bahawa produk resveratrol yang sedang hangat di pasaran adalah tidak sehebat penemuan Dr. Sinclair. Kajian Dr. Sinclair lebih layak untuk menandingi semuanya.

Dengan kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roger Barnett, Dr Smidt telah mengumpulkan satu pasukan ahli sains seramai lebih 30 orang yang bijak dengan matlamat tunggal untuk membawa ke pasaran, produk anti-penuaan yang paling kuat yang pernah dicipta .

Sains Shaklee Penyelidikan Pendahuluan Dr. Sinclair
Pada peringkat awal, Dr Smidt dan pasukannya bekerja dengan pasukan Dr. Sinclair dari Harvard. Sebagai penyelidik yang inginkan kemajuan, Dr. Smidt menjadi yakin mereka benar-benar boleh memajukan sains Dr. Sinclair dan mencipta produk yang lebih berkuasa daripada resveratrol.

Selepas lebih hampir tiga tahun penyelidikan dijalankan, (jutaan pelaburan) dengan kerjasama Universiti Sains Georgia- Shaklee telah berjaya mewujudkan tonik pertama yang benar-benar semulajadi yang pertama berfungsi pada tahap sel untuk menyekat mekanisme penuaan. Ia dipanggil Vivix Selular Tonik Anti -penuaan.

vivix shaklee

Kandungan Vivix Shaklee





Sukatan Penggunaan Vivix Shaklee


Saiz hidangan: 1 sudu teh (5ml) sehari selepas makan.


 BELI ONLINE DENGAN eSell

PENGEDAR SHAKLEE JOHOR, KOTA TINGGI, KULAI, BANDAR TENGGARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN