Rabu, 25 Jun 2014

HEALING CRISIS: PENCETUS KE ARAH PEMULIHAN

APAKAH ITU HEALING CRISIS?
Kalau dalam bahasa Melayu boleh diertikan sebagai krisis pemulihah. Macam anehkan bunyinya? Untuk lebih jelas lagi, ia berlaku apabila kita mengambil vitamin daripada sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu mengalami beberapa simptom bergantung kepada tahap kandungan toksin di dalam badan masing-masing. Sebagai contoh, pengguna akan pening kepala yang kerap, sakit dibahagian sendi, loya dan lain-lain lagi. Ini  merupakan tindak balas yang positif.


Oleh yang demikian, kalau anda mengalami simptom tertentu selepas mengambil suplemen Shaklee, jangan risau. Hal ini merupakan petanda baik yang menunjukkan bahawa suplemen tersebut berkesan dalam merawat masalah anda.

Kebiasaannya golongan yang mengalami 'healing crisis' ini adalah golongan yang masih sihat kerana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk menerima tindak balas daripada perubahan biologikal semasa proses penyembuhan berlaku.

WAKTU HEALING CRISIS
Sesetengah pengguna mengalami 'healing crisis' sebaik sahaja mengambil suplemen. Sebahagiannya pula selepas beberapa minggu. Senang kata, setiap orang berbeza waktunya. Keadaan ini akan berlarutan mungkin sehingga 2 minggu atau pun sehingga tubuh badan mereka benar-benar bebas dari toksin. Jom kita tengok jadual di bawah.

MASALAH KRISIS PENYEMBUHAN
(HEALING CRISIS PROBLEM)

SIMPTOM
HURAIAN/SEBAB
1. Sakit kepala yang melampau
* Tekanan darah tinggi ; petanda menyahtoksin
2. Demam, tidak cepat rehat
* Proses meningkatkan metabolisme & merangsang fungsi imunisasi badan sedang berlaku
3. Cirit-birit, najis berbau, air kencing berbau
* Petanda menyahtoksin ; bahan buangan dan sisa-sisa dihimpunkan dalam usus besar
4. Kembung perut
* Sistem penghadaman yang lemah
5. Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
* Fungsi hati yang lemah ; usus besar yang sihat dan sistem pembersihan
6. Pengh.asilan lendir seperti selsema dan kahak
* Fungsi paru-paru yang lemah; petanda menyahtoksin
7. Pendarahan hidung
* Petanda kekurangan darah
8. Rasa sakit pada otot dan sendi
* Badan berasid ; toksin berkumpul di bahagian yang sakit
9. Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
* Mempercepatkan krisis penyembuhan
10. Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
* Sistem saraf yang lemah
11. Kitaran haid tidak menentu, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendir yang banyak
*Hormon yang tidak seimbang ; penyakit buasir
12. Lapar, pening
*Tekanan darah rendah ; anemia
13. Loya, sembelit, tersedu
* Sistem penghadaman yang lemah ; masalah hati
14. Edema (membengkak)
* Masalah buah pinggang





























Reference: Dr. Mary Ruth Swope; World Leading Nutritionist, Researcher & Author

Anda juga boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang simptom lain melalui kami. Kami bersedia untuk membantu anda.

LANGKAH MENGATASI

kesan penggunaan shaklee

Amacam anda semua? Sudah lihatkan mengapa anda mengalami simptom tertentu. Jangan takut, risau mahupun terganggu kerana di sini saya ada menyediakan cara mengatasinya.

1. Minum air masak yang banyak 
***Asasnya, setiap berat badan manusia sebanyak 25kg hendaklah minum 1 liter air masak. Jadi, sebarapa banyak  anda perlu minum bergantung kepada berat badan anda***
 (berat badan anda) ÷ 25kg = jumlah liter air yang diperlukan
2. Berehat dan bertenang
3. Melebihkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran
4. Bersabar
5. Sentiasa berdoa agar dipermudahkan untuk kembali sihat

Setelah semua toksin dikeluarkan dari sel tubuh badan anda, segala nutrien dalam suplemen Shaklee akan mula memperbaiki dan memperbaharuinya. Akhirnya, anda akan memiliki tubuh badan yang lebih sihat. Anda pasti akan berasa lebih cergas, bertenaga dan ceria selalu!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN