Rabu, 3 September 2014

GLA SHAKLEE: KETAHUI RAHSIANYA



TAHUKAH ANDA?
Asid lemak Omega 6 adalah penting untuk kesihatan manusia dan anda perlu mendapatkan ia melalui makanan kerana badan tidak boleh menghasilkannya.


Walaubagaimanapun, tidak semua asid lemak Omega 6 adalah sama. Asid linoleik dan asid arakidonik (AA) cenderung untuk menjadi tidak sihat kerana ianya menggalakkan inflamasi.


Tetapi, GLA pula sebenarnya boleh mengurangkan keradangan.
Kajian mendapati kekurangan GLA boleh menyebabkan kulit kering, ekzema, asma, penuaan, PMS, kencing manis yang bergantung kepada insulin dan kanser.

GLA: KULIT TERHIDRAT DENGAN SEMPURNA DARI DALAM HINGGA KE LUAR


Tanpa GLA yang mencukupi, membran-membran sel tidak boleh mengekalkan kelembapan lalu menjadikan kulit kering, kasar & cenderung kepada kedutan. Kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil makanan tambahan GLA mengalami kehilangan lembapan yang kurang serta mempunyai kulit yang lebih berseri dan bercahaya.

GLA: MELEGAKAN EKZEMA KULIT


Wanita dan kanak-kanak yang terdedah kepada alahan didapati mempunyai tahap GLA yang rendah di dalam susu ibu dan darah. Kajian terbaru menunjukkan bahawa suplemen GLA membantu mengurangkan tanda-tanda ekzema atopik.

GLA: MELAWAN KANSER PAYUDARA


Kajian mendapati bahawa wanita yang menderita kanser payudara yang mengamalkan GLA menerima kesan yang positif kerana keupayaan GLA meningkatkan aliran darah ke tisu-tisu kanser. Tisu-tisu kanser ini amat merbahaya kerana ia menyebabkan dos kemoterapi yang lebih besar untuk mencapai tumor.

GLA: MENCEGAH PMS (PRE-MENSTRUAL SYMPTOMS)


Hampir 90% wanita dengan PMS mendapat kelegaan yang dramatik dengan mengambil suplemen GLA. Pengambilan GLA membantu mengatasi masalah ini selain daripada menjadikan kitaran haid tetap. Kitaran haid yang tidak tetap boleh menyebabkan kesukaran dalam merancang untuk mempunyai zuriat. 

GLA: MENGATASI MASALAH RHEUMATOID ARTHRITIS


GLA menunjukkan harapan yang besar dalam menguruskan simptom-simptom keadaan autoimun seperti rheumatoid arthritis. 73% daripada pesakit mengalami sendi yang lembut dan bengkak yang berkurangan serta menghentikan atau mengurangkan penggunaan ubat-ubatan NSAID (Nonsteroidal Antiinflammatory Drugs) di akhir kajin.

GLA: MENENANGKAN SINDROM MENOPAUS


GLA Shaklee yang terdiri daripada minyak borage dan minyak benih bunga matahari menyekat aktiviti prostaglandin yang boleh membantu menangani simptom-simptom menopaus seperti panas dan berpeluh di waktu malam. Keadaan ini dianggap merupakan akibat aktiviti prostaglandin yang berlebihan.

GLA: MEMERANGI NEUROPATI DIABETIS


Pengambilan GLA oleh mereka yang menderita Neuropati Diabetes boleh membantu dalam memperbaiki simptom penyakit tersebut iaitu suatu keadaan yang menyakitkan hasil daripada degenerasi saraf secara beransur-ansur disebabkan oleh tahap glukosa yang tinggi. GLA membantu memulihkan status antioksidan yang biasa dalam tisu-tisu dan mengekalkan fungsi saraf yang sihat.

Artikel berkaitan:

CARA MENDAPATKAN GLA COMPLEX
1. Klik sahaja ikon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami SEGERA untuk pembelian dan sebarang pertanyaan. Konsultasi adalah PERCUMA disamping maklumat yang lain-lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN