Khamis, 4 September 2014

LECITHIN SHAKLEE: PENGEMULSI SEMULAJADI



APA ITU PENGEMULSI?

Peranan pengemulsi
Lecithin juga dinamakan sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat terhadap lemak. Ringkasnya, lecithin menyebabkan lemak terapung di dalam darah dan mencegah daripada melekat di dinding membran .Oleh itu, lemak mudah untuk disingkirkan. Itulah yang boleh digambarkan dengan pengemulsi semulajadi.

Sekarang, mari kita ketahui apa yang ada pada lecithin shaklee ini.

PERBEZAAN LECITHIN SHAKLEE
lecithin shaklee
Lecithin Shaklee adalah berbeza dengan produk lain yang berada di luar sana. Mengapa? Ini kerana Lecithin Shaklee diekstrak daripada kacang soya organik bukan-GMO.

Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 520mg lecithin soya, 80mg kolina dan 48mg inositol

Kolina: Suatu komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.

Inositol: Karbohidrat yang terlibat dalam isyarat sel, khususnya insulin transduksi.

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi sangat diperlukan oleh badan. Sebab itulah, pengambilan lecithin dalam diet harian kita amat digalakkan.

10 KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE

1. Pelangsingan
- Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

2. Pemecah lemak & kolesterol
-Lecithin membantu mengemulsi & metabolisme kepada lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.

3. Menyerap vitamin larut-lemak
- Vitamin A, D, E, K adalah larut-lemak. Ia mudah diserap oleh lecithin.

4. Menghalang darah tinggi
- Pengambilan lecithin boleh memperbaiki tekanan darah tinggi dengan cara menghalang arteriosklerosis. Lecithin juga membantu dalam peredaran darah.

5. Menghalang batu karang
-Sebanyak 90% kes batu karang adalah disebabkan oleh kolesterol. Jadi, dengan lecithin ia mampu mengemulsi kolesterol berlebihan.

6. Memperbaiki alergi
- Menghalang platlet darah daripada mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah yang boleh meningkatkan lagi alergi seperti penyakit kulit-dermatitis, demam alergi

7. Melindungi hati
- Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Kesihatan hati turut terpelihara dengan khasiat lecithin ini.

8. Otot dan kulit cantik
- Fungsi lecithin juga untuk membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan proses penuaan.

9. Memperbaiki prostat lelaki
- Kajian saintifik mendapati pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak boleh memulihkan masalah kesihatan di prostat dan urethra lelaki.

10. Tingkat daya ingatan & kawal stres
- Kebaikan kolina di dalam lecithin berupaya meningkatkan daya ingatan malah menghalang Alzheimer. Masalah stres juga terkawal dengan lecithin.

CARA MENDAPATKAN LECITHIN SHAKLEE
1. Klik sahaja ikon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami SEGERA untuk pembelian dan sebarang pertanyaan. Konsultasi adalah PERCUMA disamping maklumat yang lain-lain.





pengedar shaklee kulai johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN