Khamis, 4 September 2014

SET BERPANTANG SHAKLEE : LEBIH MUDAH DAN BERKESAN!


Amalan berpantang selepas bersalin adalah amat penting bagi setiap ibu yang baru melahirkan anak. Perkara ini perlu diambil berat kerana kesan baik atau buruknya akan dapat dirasakan ketika usia sudah tua.

Zaman dahulu, orang-orang tua amat menekankan disiplin ketika berpantang. Atas sebab itulah kebanyakan mereka sekarang masih mempunyai tubuh badan yang langsing dan kekuatan fizikal yang baik. Terdapat pelbagai amalan tradisional yang dilakukan ketika berpantang seperti memakai bengkung, bertungku dan berurut.


Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai jenis herba
dan rempah ketika berpantang
Memakai bengkung selepas bersalin boleh mengelakkan
 daripada perut menggeleber
Bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang
                             
Berurut selepas bersalin membantu mengembalikan kesegaran badan
                           
Namun demikian, zaman semakin berubah ke arah dunia teknologi moden. Wanita masa kini lebih cenderung untuk memilih suplemen bagi menggantikan ramuan tradisional ketika berpantang. Antara sebabnya seperti tidak boleh menelan ramuan herba kerana pahit, kelat dan meloyakan. 

Tetapi, harus diingat bahawa pemilihan suplemen yang terbaik dan selamat amat penting. Pastikan ia tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan. 

Bagaimana pula dengan keperluan berbengkung, bertungku dan berurut? Adakah ia masih relevan di masa kini. Jawapan saya ada adalah YA kerana beberapa sebab.

7 KELEBIHAN BERBENGKUNG
1. Mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut
2. Menudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut yang sempurna
3. Membantu mengempiskan perut
4. Membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat 
5. Menyokong tulang yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi
6. Menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung
7. Memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim 

*Pemakaian bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi.

*Bengkung boleh dipakai bermula pada hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang dikehendaki.

*Bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14. 

* Sebaik-baiknya sediakan 2 bengkung agar dapat menukar bengkung yang lain untuk membersihkannya.


 4 KELEBIHAN BERTUNGKU
1. Menghangatkan badan
2. Membuang angin
3. Mengecutkan urat yang kembang
4. Melancarkan peredaran darah. Biasanya darah nifas lebih lancar selepas bertungku.

*Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. 

*Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.


7 KELEBIHAN BERTUNGKU
Selepas bersalin, wanita digalakkan berurut selama 3 hari berturut-turut pada setiap pagi selepas mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

Antara kebaikan berurut ialah:
1. Memulihkan kesegaran badan
2. Melancarkan peredaran darah
3. Membuang angin
4. Membetulkan urat
5. Memperkemaskan bahagian perut
6. Mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kotoran
7. Membantu dalam memperbanyakkan susu ibu ketika berpantang

5 AMALAN PEMAKANAN KETIKA BERPANTANG
1. Mengamalkan makanan kering bagi tujuan mengecutkan rahim
2. Mengelakkan hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak 
3. Mengelakkan meminum air batu kerana boleh menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang
4. Hidangan ketika berpantang boleh dipanggang, direbus atau dikukus
5. Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.

*Ibu harus mengetahui jenis makanan yang dilarang dan dibenarkan kerana ibu yang menysukan bayi mesti menitikberatkan makanan berkhasiat.

*Ibu juga mesti mengelakkan daripada mengambil makanan berangin supaya bayi tidak kembung selepas disusukan.

BEKALAN BERKHASIAT UNTUK IBU DAN BAYI
Tahukah anda bahwa dengan memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria mampu membekalkan susu ibu yang terbaik kepada permata hati anda. 

Bagaimanakah caranya?
-Pengambilan suplemen semulajadi daripada Shaklee iaitu SET BERPANTANG.


Sila klik DI SINI  untuk mengetahui apakah yang terkandung dalam set berpantang Shaklee.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN