Khamis, 29 Januari 2015

SAYA BERJAYA HAMIL! KISAH DISEBALIKNYA ...


Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah, pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman manis kerana berjaya hamil setelah mengamalkan SET KESUBURAN SHAKLEE. Ia sebagai asbab kepada takdir saya ini. Subhanallah. Ikuti kisah selanjutnya.


ujian Allah

UJIAN DARI ALLAH BUAT HAMBANYA
Kami mendirikan rumahtangga pada 17 November 2013 bersamaan dengan 13 Muharam 1435H. Mengecapi kehidupan pengantin baru memang indah. Namun di celah-celah hari yang berwarna-warni itu ujian menyapa silih-berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kami yakin kami mampu menghadapinya, sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah (ayat 286) yang bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya,ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya"

Boleh dijelaskan daripada maksud ayat dia atas ialah Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan mereka. 

Lihatlah, betapa kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-Nya. Cuma kita sebagai manusia kadangkala lalai dan tidak sabar dengan ujian yang menimpa. Allahuakbar!

Kami diuji dengan tidak dikurniakan zuriat selama setahun. Tidak seperti orang lain yang sebulan dua selepas berkahwin mendapat khabar gembira. Tambahan lagi, sering diasak dengan pertanyaan seperti "bila nak ada anak?". Kami tiada jawapan untuk soalan tersebut kerana ia datang daripada Allah. Adalah lebih baik mendoakan kami agar dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Inilah hakikat kehidupan. Kami teruskan bersabar.

Dalam keadaan kami diuji, doa sering dipanjatkan agar jalan penyelesaian terbuka luas. Alhamdulillah, pada bulan Februari 2014 kami mengenali satu organisasi yang mengeluarkan vitamin semulajadi iaitu Shaklee. Pelbagai ilmu diperoleh dan kami mencuba Set Kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri.
Set Kesuburan Shaklee


CERITA SET KESUBURAN SHAKLEE BERMULA...
Kitaran haid saya adalah tidak teratur semenjak anak dara lagi. Selepas berkahwin pun masih lagi tidak teratur. Hormon saya tidak stabil. Selepas mengamalkan GLA Complex sehingga habis botol yang pertama, bilangan hari kitaran haid saya semakin ke arah kitaran yang normal. Walaubagaimanapun, langit tidak selalunya cerah. 

Tiba-tiba kitaran haid saya menjadi tidak normal. Mungkin ini ujian untuk saya untuk terus bersabar dan berusaha. Keadaan ini menyebabkan saya mengambil GLA Complex sehingga habis botol kedua tanpa skip sehari pun. Akhirnya, kitaran haid saya kembali normal sedikit demi sedikit. 

Gembira sungguh saya apabila kitaran haid kembali normal. Alhamdulillah. Untuk botol yang ketiga, saya mengambil seperti di jadual yang mana saya akan stop pengambilannya ketika waktu subur tiba. Sehari sebelum waktu subur tiba, vitamin GLA Complex pun habis. Taraaa!!! 3 botol habis bersih saya ambil. 

Suami saya pula mengambil Zinc Complex. Setiap hari ambil sebiji iaitu 30 minit sebelum bersarapan. Apakah kebaikan Zinc Complex ini? Ringkasnya, sperma yang sihat tetapi berenang ke arah destinasi yang tidak sihat, ibarat orang sesat tiada GPS System . Oleh itu, pengambilan Zinc Complex sebiji sehari boleh membantu dalam menyihatkan sperma (pinjam ayat daripada mentor saya).

Hari demi hari, maka berlabuhlah tahun 2014 dengan usaha keras kami ini.

TAHUN 2015 YANG PENUH HIKMAH 
Ramai yang mencipta azam baru setiap kali tahun baru menjelma. Tetapi bagi kami, tiada azam baru yang perlu dicipta melainkan memperbaiki kehidupan supaya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Dunia semakin uzur. Akhirat pula semakin dekat. Tanda-tanda kiamat sudah ada. Jadi, tepuk dada, tanyalah IMAN. Kalau tanya selera, semua nak yang best sahaja.

Sambil menyelak kalender 2015, saya tersedar yang haid saya telah lewat 12 hari. Saya yakin bahawa ini adalah mustahil kerana kitaran haid saya sebelum ini sudah normal. Dengan perasaan berdebar-debar, saya pun mengambil Urine Pregnancy Test dan membuat ujian ke atasnya. Ceh, dah macam di makmal sains pula. Terkejut. Ya, saya terkejut kerana POSITIVE! Tetapi, agak kabur keputusannya. 

PEMERIKSAAN DI KLINIK DR.ANIS


Pintu masuk Klinik Dr. Anis

Ruang pendaftaran


Keesokan harinya (16 Jan 2015) kami pergi ke KLINIK DR.ANIS untuk membuat kepastian. Pengesahan dari doktor lagi tepatkan. Bila ujian dilakukan, doktor kata "weakly positive" tapi confirm pregnant.Hal ini disebabkan kandungan masih awal lagi sebab itu result macam tu. Kami dikehendaki untuk hadir dalam tempoh 2 minggu berikutnya untuk pemeriksaan selanjutnya. Kalau ikutkan tarikh hari pertama haid saya datang, sudah masuk 6 minggu. Dr. Anis pesan untuk ambil asid folik ( memang dah ambil pun. hehe ).

Cerita tentang klinik ini, memang baik-baik belaka semuanya. Doktor yang ramah dan cute, tempat menunggu yang selesa dan bayaran yang berpatutan. 

SIMPTOM KEHAMILAN YANG TERUK

Esok (Jumaat, 30 Jan 2015) saya akan berjumpa lagi dengan Dr.Anis. Tapi saya dah cuba untuk buat ujian UPT sendiri di rumah untuk kali kedua. Alhamdulillah. Line di UPT teramat jelas keputusannya berbanding sebelum ni. Minggu ini sahaja saya telah mengalami simptom kehamilan yang teruk.



Bukan lagi morning sickness tapi evening and night sekali. Sepanjang hari. Cuma ada ketika terlalu pening atau kurang pening. Begitu juga dengan loya dan muntah. Dalam sehari, lebih dari tiga kali saya muntah. Allahuakbar! Kehamilan pertama saya ini juga, saya sangat benci dengan nasi. Bila makan nasi, pasti akan muntah. Oleh itu, saya gantikan dengan makan bubur sup sayur ayam. Semoga saya terus tabah dan bersabar menghadapi ujian ini sepanjang kehamilan. 

Sekian perkongsian saya berkenaan SET KESUBURAN SHAKLEE yang amat membantu saya dalam usaha ke arah kehamilan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE boleh berhubung dengan saya seperti berikut:


pengedar shaklee kulai johor

1 ulasan:

  1. Comelnya klinik Dr Anis! :) Set Kesuburan Shaklee dah bantu ramai jugak pasangan untuk jadi lebih subur

    BalasPadam

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN