Selasa, 26 Ogos 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE: RAHSIA HIDUP BAHAGIA


set kesuburan shaklee

TIDAK SUBUR, SALAH SIAPA?
Selepas berjaya melangkah ke alam perkahwinan, pasti setiap pasangan berasa syukur kerana impian untuk hidup bersama terlaksana jua. Namun, tanpa kita sedari sebenarnya masih panjang lagi perjalanan sebuah kehidupan itu untuk mencapai satu tahap bahagia. Langit tidak selalunya cerah. Jika Allah menginginkan hambanya untuk diuji, maka terujilah hamba tersebut. 
Masalah tentang kesuburan adalah satu isu paling utama dalam kehidupan berumahtangga. Ia boleh berpunca sama ada daripada pihak suami atau isteri. Sikap menuding jari bukanlah cara terbaik untuk melepaskan masalah di bahu sendiri. Ia adalah masalah bersama kerana suami isteri bertanggungjawab dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

Sekarang, mari kita kaji faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada ketidaksuburan isteri.

5 FAKTOR UTAMA ISTERI TIDAK SUBUR

1. Masalah ovulasi
proses ovulasi















-Situasi ini boleh berlaku kepada mana-mana wanita. Pengeluaran ovum/telur dari ovari mungkin boleh jadi sedikit, kurang atau tiada langsung semasa proses persenyawaan sedang berlaku. 
-Anda perlu membuat pemeriksaan doktor tentang kesihatan ovari anda sama ada normal atau tidak untuk memikirkan langkah selanjutnya dalam usaha ke arah mendapatkan zuriat. 

2. Berat badan
-Wanita yang mempunyai berat badan yang terlalu berat (overweight) atau kurus (underweight) boleh juga menghadapi masalah kesukaran hamil kerana ia berkaitan dengan hormon dan zat di dalam badan. Langkah terbaik adalah cuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

3. Usia
-Kebiasaanya lingkungan umur 35 tahun ke atas, peluang untuk wanita hamil adalah rendah atas sebab faktor hormon di dalam badan yang semakin berubah. Hanya beberapa peratus sahaja mereka yang berjaya hamil di usia yang lewat. Mungkin ini disebabkan tahap kesuburan mereka masih tinggi lagi. Walaubagaimanapun, mereka yang hamil di usia yang lewat berisiko untuk melahirkan anak yang cacat atau kembar. Oleh itu, rancanglah sebaiknya untuk hamil di usia muda.

4. Endometriosis
endometriosis
Endometriosis













-Tahukah anda, dianggarkan seorang daripada setiap 100 orang wanta disahkan menghidapi endometriosis. Ia terjadi apabila seseorang mula mengalami haid sehingga proses menopaus bermula.

-Lapisan dinding dalam rahim wanita dipanggil endometrium. Hormon wanita akan menyebabkan dinding tersebut menebal dan seterusnya diselaputi saluran darah sebagai persediaan untuk hamil.

-Jika persenyawaan di dalam rahim tidak berlaku, maka kadar hormon akan jatuh. Ini menyebabkan endometrium luruh dan ia bertukar menjadi darah haid.

-Sesetengah wanita akan mengalami satu keadaan di mana terdapat cebisan tisu seperti endometrium yang tumbuh di luar rahim iaitu di bahagian ovari, usus atau pundi kencing. Tisu endometrium asing yang tumbuh di luar rahim dipanggil endometriosis.
-Tisu tersebut boleh membesar seperti tisu endometrium yang normal (berada di dalm rahim). Apabila lapisan endometrium di dalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu yang berada di luar rahim juga turut luruh tetapi pendarahan tersebut di dalam kawasan yang tertutup.
-Situasi inilah yang menyebabkan keradangan din endometriosis dan menyebabkan kesakitan.

5. Lain-lain
- Masalah lain ini adalah seperti adanya fibroid, tumor, serviks bermasalah dan bentuk uterine yang tidak tetap.


3 FAKTOR UTAMA SUAMI TIDAK SUBUR
SET KESUBURAN SHAKLEE

1. Pra-testikular









- Gangguan hormon yang menyebabkan testis tidak boleh dirangsang dan menghasilkan sperma.

2. Testikular









-Tidak boleh menghasilkan sperma yang sihat kerana sel rosak.

3. Post-testikular








-Gagal berejakulasi tetapi berupaya menghasilkan sperma yang normal

CARA MENGATASI
set kesuburan shaklee
Set Kesuburan Shaklee - ISTERI

set kesuburan shaklee
Set Kesuburan Shaklee - SUAMI

Dengan teknologi dan pakar yang Shaklee ada, beberapa suplemen telah dicipta untuk membantu suami isteri berusaha mendapatkan zuriat. Setiap suplemen yang dicipta mempunyai fungsi tertentu dalam membekalkan nutrien penting pada tubuh badan seperti yang terdapat dalam rajah di atas.

KLIK DI SINI untuk artikel kesuburan.
KLIK DI SINI untuk artikel kejayaan sperma & ovum.
KLIK DI SINI untuk artikel pengiraan waktu subur.


CARA MENDAPATKAN SET KESUBURAN SHAKLEE
1. Klik sahaja ikon eSell di bawah untuk membuat pembelian, atau
2. Hubungi kami SEGERA untuk pembelian dan sebarang pertanyaan. Konsultasi adalah PERCUMA disamping maklumat yang lain-lain.



PENGEDAR SHAKLEE JOHOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN