Sabtu, 23 Ogos 2014

ESP SHAKLEE :3 SEBAB ESP BAGUS



esp shaklee

BEZA, MEMANG BERBEZA!
Umum mengetahui bahawa ESP daripada Shaklee ini sangat baik diamalkan untuk kesihatan diri. Ada 3 sebab utama mengapa ia sangat baik berbanding dengan produk soya keluaran yang lain iaitu:

1. non-GMO
2. isoflavones
3. indeks glisemik 39

APA ITU non-GMO?
1. non-GMO (non-Genetically Modified Organism) boleh didefinasikan sebagai bahan yang tidak diubah secara genetik.

2. Bermaksud bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan.

3. Bagaimana pula dengan GMO? GMO (Genetically Modified Organism) bermaksud dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen. Dalam istilah sains, Genetic Engineering.
Teknik penggabungan gen
Jurutera genetik menemui kesan sampingan terhadap sumber makanan GMO iaitu:
   a) boleh menghasilkan toksin
   b) boleh bertindak balas dengan keadaan cuaca secara berbeza
   c) mengandungi sama ada terlalu banyak atau sedikit nutrien
   d) menjadi berpenyakit, rosak dan kemudiannya mati

4. Kini, terdapat pelbagai produk soya di luar sana. Persoalannya, 

   Adakah ia berasal daripada sumber kacang soya yang organik (non-GMO) atau bukan organik (GMO)?

Jika bukan organik (GMO), sumber kacang soya tersebut mempunyai khasiat yang rendah tetapi tinggi kandungan nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi ini boleh menyumbang kepada masalah kanser.

5. Sebab itulah harga produk soya yang bukan organik (GMO) murah dan senang didapati kerana prosesnya yang mudah berbanding dengan ESP Shaklee yang bersifat non-GMO dan diproses pada suhu yang rendah

6. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri iaitu Identity Preserved Program (IPP). IPP memastikan kacang soya bebas daripada perubahan genetik bermula di peringkat benih sehingga pengeluarannya.

7. Bahkan, setiap 850g (sati tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga yang boleh bertahan lama.

APA ITU ISOFLAVONES?
isoflavones esp shaklee 
Strukur isoflavone genestein (atas) dan daidzein (kanan) menyerupai hormon estrogen (bawah)
1. Isoflavones adalah struktur kimia yang sangat menyerupai hormon estrogen tubuh manusia. Disebabkan oleh persamaan ini, isoflavones boleh bertindak dalam mengimbangi hormon estrogen di dalam tubuh manusia. 

2. Jika seseorang itu kekurangan hormon estrogen, maka ketika inilah isoflavones memainkan peranannya dalam meningkatkan fungsi hormon estrogen. Begitu juga jika seseorang itu terlebih hormon estrogen. Isoflavones akan menguranginya. Itulah yang dimaksudkan dengan keseimbangan.

3. Sumber isoflavones boleh diperolehi daripada soya. Tetapi, sesetengah soya diproses dengan alkohol berbanding ESP Shaklee yang dicuci dengan air.

4. Pemprosesan dengan alkohol boleh menghilangkan isoflavones yang bermanfaat dan membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan semasa pemprosesan.

5. Tidak seperti ESP Shaklee yang dicuci dengan air yang bertujuan untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi mengekalkan kebaikan soya.

APA ITU INDEKS GLISEMIK (Glisemic Index, G.I)?


glisemix index
1. Menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat dengan indeks glisemik yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.

2. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sebab itu pengambilan ESP dengan G.I 39 boleh membantu pesakit kencing manis untuk kembali beransur pulih.
G.I ESP Shaklee 39 berada di zon hijau 



Kesimpulannya, produk soya ESP Shaklee ini amat menitikberatkan tentang kualiti dan kesihatan pengguna. 
Anda di luar sana yang ingin mencuba mengamalkan pengambilan ESP Shaklee ini boleh merujuk kepada saya untuk konsultasi PERCUMA

Kebaikan ESP Shaklee : Klik di sini
Resipi ESP Shaklee      : Klik di sini
Set Kehamilan dengan ESP Shaklee : Klik di sini
Set Kurus dengan ESP Shaklee : Klik di sini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HIKMAH SEBUAH KEHILANGAN